Latest News

Friday 1 December 2017

OBJEKTIF LAWATAN TAN SRI MUSA KE KUNAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat sabah benar-benar sdh membuktikan mahukan PERUBAHAN untuk menolak UMNO-BN di Sabah... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Lawatan Ketua Menteri Sabah ke Kunak, adalah sempena pelancaran Skim pinjaman Usahawan, Yayasan Usaha Maju (YUM), selain melawat kawasan penempatan yang dibina menerusi program membasmi kemiskinan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) akuakultur Kunak. Berasaskan kepada atur cara itu, maka tidak melibat perhimpunan besar-besaran, akan tetapi hanya melibatkan mereka yang terlibat dalam program tersebut. Jika membaca surat JKKK yang diviralkan, sangat bercanggah dengan tujuan lawatan Tan Sri Musa di Kunak. Lawatan ketua menteri itu, selain mendengar taklimat pembangunan dan kemajuan Daerah Kunak yang disampaikan oleh Pegawai Daerah, juga melancarkan skim YUM untuk mereka yang terlibat.


Musa dalam program lawatan ke daerah-daerah, bukan lawatan politik, akan tetapi lawatan kerja sebagai Ketua Menteri. Lawatan kerja sebagai Ketua Menteri hanya melibatkan kaki tangan kerajaan, bukan melibatkan orang ramai.

Melihat kepada program Ketua Menteri ke Kunak, maka surat JKKK itu tidak relevan. Jika surat itu tidak relevan, bermakna surat itu adalah surat palsu yang dicipta khas oleh puak pembangkang. Lagipun, apa kuasa JKKKK menulis kandungan surat seumpama itu. Oleh kerana JKKKK tiada kuasa menulis surat seumpama itu, maka mereka yang memalsukan kandungan surat itu, adalah mereka yang tidak tahu fungsi JKKKK.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook