Latest News

Thursday 21 December 2017

Pembangkang Hanya Selalu Berimaginasi Rendah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ramlee said in contrast... Oleh FB Geronimo Miller (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Pembangkang yang manabur fitnah kepada DS Najib Razak, hanya syiok sendiri, menggunakan kebebasan yang dicipta Perdana Menteri itu selepas dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

Kebebasan bersuara, dipergunakan oleh pembangkang untuk menabur fitnah. Tun Dr Mahathir idola pembangkang, adalah pemimpin yang suatu masa itu akan memenjarakan sesiapa sahaja yang menentang beliau, apatah lagi menabur fitnah, kini merupakan salah seorang biang kerok kepada fitnah, cerita bohong dan maklumat palsu.

Tun Dr Mahathir mempergunakan 1MDB sejak tahun 2014, apabila gagal berkolabirasi pula dengan pihak asing termasuk DOJ Amerika, namun semua dakwaan beliau, tidak menjadi kenyataan, dan hanya cerita dongeng. Oleh kerana pembangkang suka sangat dengan cerita dongeng, maka cerita-cerita demikian menjadi santapan mereka.

Pada masa ini, kerana kebebasan bersuara terpelihara, maka menjadi syurga bagi penabur fitnah dan cerita putar belit.

Fakta nyata, 1MDB hanya melibatkan wang negara sebanyak RM1juta, semasa syarikat itu ditubuhkan. Sehingga kini, tidak bukti bahawa wang kerajaan disalurkan kepada syarikat itu. Kalau diteliti, 1MDB merupakan kebangaan negara, kerana syarikat yang bermodalkan RM1juta, akan tetapi mendapat pinjaman 42ribu kali ganda daripada modal, dan dengan kewangan yang diperolehi itu mampu membeli aset sehingga RM58bilion. Bayangkan sebuah syarikat yang bermodalkan RM1juta akan tetapi boleh menjana pendapatan/keuntungan RM16bilion.

1MDB berjaya membeli berbagai hartanah benilai bilion ringgit, berjaya membantu kerajaan membina pusat angkatan tentara baru menggantikan Sungai Besi. Mampu membina Bandar Tun Razak. 

Semua projek yang diurus syarikat itu bermodalkan wang sendiri, tidak melibatkan wang kerajaan, sebabnya tiada sebarang rekod bahawa kerajaan menyalurkan wang kepada syarikat itu, selain modal asal RM1juta.

Tun Dr Mahathir dan peniaga kroni beliau sungguh bimbang dengan kekuatan 1MDB, kerana bukan sahaja dapat bersaing dengan syarikat-syarikat milik kroni termasuk anak-anak beliau, malah boleh menyebabkan syarikat-syarikat kroni beliau golong tikar, kerana tidak mampu bersaing.

1MDB sebenarnya adalah khazanah negara yang membantu negara dalam pembangunan prasarana.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook