Latest News

Monday 11 December 2017

Pembangkang Sabah Hilang Pedoman


1. MENJELANG PRU-14, atas sebab pembangkang ketandusan isu untuk mempengaruhi rakyat, maka mereka mempergunakan isu perkauman.

2. Menerusi isu perkauman, mereka ini cuba membangkitkan emosi rakyat, khususnya daripada suku yang majoriti supaya membenci suku yang minoriti.

3. Pembangkang tidak melihat kepada kebolehan seseorang pemimpin, melainkan cuba membunuh karakter pemimpin yang berkebolehan.

4. Sabah yang telah mengecapi kemerdekaan lebih setengah abad, sepatutnya tidak lagi membicarakan soal-soal perkauman. Sebabnya, Sabah yang didiami oleh berbagai suku bangsa, tidak boleh lagi mempergunakan soal-soal kaum dalam dunia politik, kerana mempergunakannya, menunjukkan Sabah mundur ke belakang.

5. Politik perkauman telah lama ditolak di Sabah, apabila parti politik yang mempergunakan pendekatan itu telah lama ditolak oleh majoriti rakyat.

6. Kini pembangkang cuba menyelewengkan fakta berkaitan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. Mengapa pembangkang mahu menyelewengkan fakta berkaitan Pengerusi Perhubungan Umno merangkap Pengerusi Bn Sabah itu? Sebabnya, mereka mempergunakan fitrah ikan, iaitu mula membusuk daripada kepala.

7. Pembangkang mendakwa, kononnya PBS menyertai semula Bn, selepas Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, kerana Musa adalah bapa saudara kepada Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Maximus Ongkili. Sedangkan faktanya, PBS menyertai Bn pada tahun 2002, sebelum Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri. Musa dilantik mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Mac 2003.

8. Majoriti rakyat Sabah menerima dan memberi sokongan kepada Musa bukan kerana suku beliau, akan tetapi kerana kepimpinan dan kebolehan beliau.

9. Musa adalah pilihan Allahyarham Tun Mustapaha Datu Harun untuk memartabatkan Sabah. Sebab itu, Musa menyertai dunia politik bukan menerusi parti yang sedang memerintah, sebaliknnya parti pembangkang USNO. Di kala Musa menyertai USNO, parti itu dalam keadaan lemah dalam semua segi. Namun, apabila Musa meninggalkan dunia perniagaan untuk menyertai dunia politik menerusi USNO, maka akhirnya USNO dapat dipulihkan, menerusi parti UMNO.

10. Mempolitikkan latar belakang keturunan Musa, bagaikan mencurah garam ke laut bagi majoriti rakyat Sabah, sebab itu, setiap PRU, Musa mendapat sokongan besar di kawasan DUN Sungai Sibuga, malah seluruh negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook