Latest News

Wednesday 27 December 2017

PENDAPATAN RENDAH MASIH MENGHANTUI RAKYAT


1. Memang diakui kadar kemiskinan negara pada tahun 2017 adalah 3.8%, dan kadar itu jauh lebih rendah berbanding Vietnam & Indonesia (11.3%), Thailand (12.6%), Laos (22%), Filipina (25.2%), myanmar (32.7%), manakala Sabah 2.9%.


2. Memang juga diakui bahawa pendapatan perkapitan negara pada tahun ini agak tinggi berbanding negara jiran (kecuali Singapura dan Brunei), iaitu AS27,200, Thailand (AS16,800), Indonesia (AS11,700), Filipina (AS7,700), Vietnam (AS6,400), Mynmar (AS6,00) dan Laos (AS5,700).

3. Kalau pendapatan perkapita negara dijadikan ringgit dengan kadar tukar AS1=RM4.06, maka purata pendapatan setiap individu di negara ini adalah RM110,432 setahun atau RM9,202.67 sebulan. Bukti menerusi jumlah penerima BR1M, tidak kurang 14juta rakyat negara ini tidak mencapai pendapatan perkapita negara.

4. Masalah rakyat yang berada dalam kategori B40, adalah pendapatan yang tidak mencukupi untuk sara hidup, bermakna, seetiap sen pendapatan akan digunakan sepenuhnya, makna kata, peluang untuk menabung tidak dapat dilakukan.

5. Apabila menabung tidak dapat dilakukan, maka timbul masalah, umpamanya, ketika sesi awal persekolahan, apabila anak-anak perlu kembali ke sekolah. Melihat kepada keperluan pelajar khususnya di peringkat menengah, sekurang-kurangnya setiap anak memerlukan RM1,500 untuk persiapan kembali ke sekolah.

6. Memang jika dilihat daripada segi pembangunan politik, negara kita mencapai tahap yang dibanggakan berbanding sebahagian besar negara jiran, kerana indikasi yang kerap digunakan untuk melihat pencapaian itu adalah KDNK dan kadar kemiskinan.

7. Oleh kerana pembangunan politik kita pada tahap yang baik, maka ianya pendorong kepada pencari peluang kerja daripada negara-negara jiran, sebab itulah MASALAH PATI sehingga kini, menjadi masalah kronik di negara ini, khususnya Sabah.

8. Kerajaan terpaksa menubuhkan RCI Pati Sabah, kerana banyak pihak mempolitikkan berkaitan PATI, kononnya didorong oleh kehendak politik, sedangkan keadaan itu adalah PANGGILAN kemajuan dan pencapaian politik negara.

9. Memang diakui sebahagian rakyat negara ini merasakan ketidak cukupan pendapatan, namun status itu jauh lebih baik berbanding keadaan rakyat jiran yang menyelusup masuk ke negara ini, semata-mata untuk menumpang kehidupan.

10. Pendek kata, PATI, bukan didalangi politik, akan tetapi semata-mata demi mencari kehidupan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook