Latest News

Tuesday 26 December 2017

PENDAPATAN SABAH 1978-SHAFIE MEMALUKAN DIRI SENDIRI


1. Kata orang, jika seseorang itu hendak tenggalam, kayu rapuhpun digapai untuk menyelamatkan diri. Keadaan ini yang berlaku pada Presiden parti Warisan Sabah itu, apabila menyatakan bahawa pendapatan Sabah pada tahun 1978 adalah RM4bilion, kononnya angka itu diberikan oleh mantan Akautan Negeri Sabah- Tan Sri Ibrahim Menudin. 


2. Timbul persoalan, apa kah Shafie yang menurut Bendahari Agung parti itu sebagai ekonomis dan mantan pegawai kerajaan, menerima bulat-bulat maklumat daripada Ibrahim tanpa usul periksa, ataupun sememangnya MP Semporna mahu membuat sensasi atau gimik, kerana tidak mengakui bahawa pendapatan Sabah meningkat hampir 4 kali ganda sejak Bn Sabah menerintah Sabah.

3. Memang membandingkan keadaan tahun 1976-1978 berkaitan perekonomian Sabah dengan masa sekarang tidak sesuai, kerana sumber pendapatan yang berbeza. Pada tahun 70-an dan 80-an sumber penda[atan Sabah masih bersandar kepada kayu kayan, namun pada masa sekarang, sumber pendapatan bukan lagi bersandar kepada khazanah alam itu.

4. Melihat kembali berapa kah pendapatan negeri masa itu, sumber rasmi yang boleh dirujuk adalah Laporan Kewangan Negeri, selain daripada itu, bukanlah laporan rasmi. 

5. Berasaskan laporan rasmi kewangan negeri, pada tahun 1978 pendapatan sebenar negeri sebanyak RM479,027,790. Apabila angka itu ditambah bayaran dan geran daripada Persekutuan yang berjumlah RM45,790,248, maka pendapatan negeri menjadi RM524,818,038 pada tahun itu.

6. Jika Shafie bersandarkan kepada hujahan lisan mantan Akauntan negeri, kononnya pendapatan Sabah bukannya seperti angka yang dilaporkan, maka jelas, angka itu bukan angka yang boleh diguna pakai. 

7. Terence Siambun semasa membela Presiden beliau itu dalam artikel yang disiarkan menerusi portal on-line Borneotoday.net pada 24 Desimber 2017, menyatakan bahawa presiden beliau hanya mengikut maklumat daripada Ibrahim. Dengan kenyataan itu, membawa erti, jika Ibrahim berbohong, maka Shafie juga terikut berbohong. Akan tetapi, apabila ADUN Moyog itu menyatakan bahawa Shafie adalah seorang ekonomis lulusan London dan mantan pegawai kerajaan, membawa pengertian, bahawa Ibrahim tidak berbohong dan yakin kenyataan mantan akauntan itu adalah betul.

8. Oleh kerana data rasmi apa yang terdapat dalam arkib Kementerian Kewangan Negeri, yang boleh disemak oleh sesiapapun, menunjukkan bahawa angka yang dinyatakan kedua-dua individu itu adalah salah, maka kedua-keduanya cuba berbohong berkaitan jumlah pendapatan Sabah.

9. Rupanya, Shafie begitu gopoh malah tertangkap basah berkaitan kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pendapatan Sabah tahun 1978 adalah RM4bilion. Kenyataan itu, sebenarnya mahu meremehkan pendapatan Sabah pada masa sekarang yang berlegar-legar pada angka RM4bilion. selain itu kenyataan mantan menteri KKLW itu merendah-rendahkan kemampuan pimpinan negeri yang diterajui Tan Sri Musa Aman, bahawa untuk tempoh 39 tahun, tidak terdapat peningkatan pendapatan Sabah.

10. Fakta menunjukkan, bahawa pendapatan Sabah tahun 2001 berjumlah RM1.24bilon, 2003-RM1.56bilion, 2008-RM2.33bilion, 2012-RM3.69bilion, 2014-RM4.56bilion dan tahun 2018 dianggarkan berjumlah RM4.169bilion.
11. Cuba bayangkan, bahawa pendapatan utama Sabah menerusi balak bukan lagi pendapatan utama, kerana kerajaan negeri telah mengubah pendekatan mendapatkan pendapatan, kepada sektor-sektor lain, pun demikian, saban tahun pendapatan Sabah terus meningkat.


12. Kerajaan negeri tidak lagi bersandarkan pendapatan daripada pembalakan, kerana kerajaan membuat kebijakan untuk menambah keluasan hutan kekal, dengan sasaran pada tahun 2025, setidak-tidaknya 30% keluasan Sabah diliputi hutan kekal.


13. Sebagai rujukan, tahun 2002 keluasan hutan kekal Sabah hanya 838ribu hektar, manakala pada tahun 2017 telah mencapai 1.7juta hektar.

14. Pengurusan kewangan negeri begitu telus dan teratur, sebab itu, simpanan kewangan negeri terus bertambah, dan kini berjumlah RM3.74bilion berbanding tahun 2003 hanya berjumlah RM184juta. Peningkatan simpanan kewangan terakru negeri kerana kecekapan mengurus kewangan negeri yang dinahkodai oleh Musa sebagai Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri.

15. Hakikatnya, jika sesiapa yang mahu menafikan pencapaian kewangan negeri apatah lagi memutar belitkan pendapatan negeri termasuk menipu berkaitan jumlah, adalah tindakan cuba mengaburi mata rakyat, bertujuan mendapatkan sokongan politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook