Latest News

Sunday 24 December 2017

Pendapatan Sabah Tahun 1978- Shafie Pakar Ekonomi Sabah ?


1. Tahun 1978, sudah 39 tahun berlalu. Untuk meneliti pendapatan tahun itu, sudah tentu menerusi LAPORAN KEWANGAN NEGERI. Menerusi laporan itu yang tersimpan di arkib Kementerian Kewangan Sabah sangat jelas bahawa pendapatan Sabah tahun itu berjumlah RM524,818,038. Jika rekod itu berbeza dengan carian Presiden parti Warisan Sabah itu, maka rekod itu siapa yang mengeluarkannya? Apa kah catitan peribadi sumber beliau, iaitu Ketua Akaunan negeri masa itu? Ibrahim Menudin? Di sini timbul persoalan, mengapa sebagai Akauntan negeri yang menyediakan LAPORAN kewangan tidak mencatit RM4bilion? mengapa hanya seperti mana angka yang boleh disemak sekarang?


2. Sesiapapun termasuk Datuk Ramlee Marhaban akan melihat angka yang tertulis, kerana angka itu merupakan angka rasmi dan telah diaudit.

3. Kini, Bendahari Agung parti Warisan Sabah, Terennce Siambun mendakwa, bahawa Pembantu Menteri Kewangan Negeri itu tersilap angka, dan kononnya cuba memperdaya rakyat!!!. Datuk Ramlee hanya menyatakan angka sebenar, seperti mana terdapat dalam rekod. Dan rekod itu boleh disemak oleh sesiapa sahaja, termasuk Terennce atau mereka yang mengaku diperdaya!!!.

4. Sebenarnya, ADUN Moyog itu, merasa malu, kerana didapati Presiden parti beliau didapati menipu. Bagi mempertahankan pemimpin beliau itu, terpaksalah meneggakkan benang basah.

5. Penulis tidak faham mengapa pemimpin parti Warisan Sabah mati-matian mempertahankan maklumat salah. Kemungkin besar mereka tiada isu yang boleh dijual kepada rakyat, untuk menentang kepimpinan Tan Sri Musa Aman, maka terpaksalah mereka-reka cerita. Cerita mereka bagaikan seperti kucing bermain dengan ekor.

6. Pemimpin Warisan sebenarnya, enggan mengakui, bahawa pembanguan dan Kemajuan Sabah cukup pesat, meskipun hanya menerusi bajet rata-rata RM4bilion setahun termasuk perbelanjaan mengurus, sedangkan semasa Shafie menerjaui KKLW dengan purata bajet untuk Sabah sebesar RM1.5bilion khusus untuk pembangunan kemudahan asas, tidak mencapai sasaran.

7. Hakikatnya, tiada seorangpun pemimpin parti Warisan Sabah berpengalaman mencari kewangan sendiri, pengalaman Presiden parti itu, hanya membelanjakan wang yang telah disediakan, itupun tidak mampu diurus, sehinggakan tidak kurang RM1.5bilion hilang entah ke mana!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook