Latest News

Saturday 2 December 2017

Pengiraan Kadar Bayaran Royaliti Minyak Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bila nampak berita seperti ini seolah-olah perjanjian MA63 tidak BERNILAI LAGI...  Oleh FB Mike Lius  (screenshot)

Bayaran kadar royalti minyak tiada kaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kerana bayaran itu berasaskan bayaran daripada perniagaan. 



Petronas telah berulang kali menyatakan dengan mengemukakan laporan Untung-Laba daripada operasi syarikat itu, bahawa keuntungan daripada operasi minyak hanya 15%, daripada 15% itu dibahagi tiga, 1/3 bagi negeri pengeluar minyak, 1/3 untuk Persekutuan dan 1/3 lagi untuk syarikat sebagai modal pusingan.

Petronas berulang kali menyatakan, jika kadar bayaran lebih besar daripada itu, maka syarikat terpaksa berhenti beroperasi di wilayah yang dimaksudkan.

Kini, Petronas membenarkan Sarawak dan Sabah menubuhkan syarikat minyaknya sendiri, jika mahu mendapatkan pendapatan lebih daripada industri minyak dan gas.

Menerusi penubuhan syarikat sendiri, maka Sabah dan Sarawak boleh mendapat keuntukan lebih daripada 20%, kerana Joint Venture antara syarikat besar, biasanya bernisbah 70:30; syarikat asing mendapat 70% bahagian bersama keuntungan, manakala Syarikat Sabah dan Sarawak mendapat 30%. Setakat ini, belum dikenalpasti daripada 30% itu berapa nilai sebenar yang akan diperolehi. Namun bagi Sabah, bayaran royalti daripada Petronas pada tahun 2017 berjumlah RM1.2bilion, manakala tahun 2018 dianggarkan RM1.3bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook