Latest News

Friday 8 December 2017

PRU-14: BN Sabah Kekal Simpanan Tetap Bn: Salleh


1. Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Bendahari Umno Pusat- Datuk Dr Salleh Tun Said Keruak yang yakin, bahawa Bn Sabah tetap kukuh. Kerana kekukuhan itu, maka Bn Sabah akan menghadiahkan kepada Perdana jumlah kerusi parlimen yang cukup signifikan pada PRU-14, bagi memastikan bahawa Putrajaya tetap dalam genggaman Bn.


2. Pada PRU-13 lalu, Bn Sabah menyumbang 23 kerusi parlimen, merupakan 17.29% daripada keseluruhan yang dimenangi; Sarawak menyumbang (25 Parlimen) 18.80%, manakala Bn Semenanjung (85 Parlimen) 63.91%. Apa yang unik pada Bn Sabah, menerusi PRU itu telah menang 88.46% daripada kerusi yang ditandingi, manakala Bn Sarawak menang 80.64% daripada kerusi yang ditandingi, manakala Bn Semenanjung hanya menang 51.51% daripada kerusi yang ditandingi.

3. Berdepan dengan PRU-14, meskipun kehadiran parti tempatan pimpinan mantan Naib Presiden Umno- Datuk Shafie Apdal, jumlah kerusi yang bakal diperolehi Bn Sabah, akan berlegar-legar pada angka sama seperti pada PRU-13.

4. Meskipun Bn Sabah berdepan dengan saingan sengit di Parlimen Semporna, dan sehinggakan kedudukan kawasan itu, akan pergi kepada “either side”, namun, jumlah kerusi Parlimen yang bakal dimenangi tidak akan kurang 23 kerusi parlimen termasuk WP Labuan. Senarionya, jika Semporna terlepas, akan tetapi akan disuplemen dengan merampas samada Parlimen Penampang atau Sandakan.

5. Jika berasaskan kepada senario politik semasa di Sabah, kerusi parlimen yang bakal dimenangi Bn Sabah, akan berlegar-berlegar antara 23-25, dan kedudukan itu akan kembali seperti keputusan PRU 2004 dan 2008, walaupun daripada segi kerusi Dun, pembangkang kemungkinan menambah 2 kerusi, atau berkurang 2 kerusi. Dengan senario demikian pembangkang akan menang antara 10-14 kerusi Dun.

6. Bn Sabah hanya memerlukan 40 kerusi Dun bagi 60 kerusi, atau 49 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook