Latest News

Friday 15 December 2017

PRU-14: BN Sabah Kena “All-Out”


1. Di atas kertas Bn Sabah berdepan parti Warisan Sabah, parti-parti dalam Gabungan Sabah serta parti-parti dalam Pakatan Harapan.


2. Melihat kepada senario semasa, nampaknya gayanya akan berlaku 4 penjuru di semua kawasan, baik DUN mahupun Parlimen.

3. Kalau melihat kepada keputusan PRU-13, pertembungan berbagai penjuru, telah memberikan Bn dan pembangkang kemenangan masing-masing 7 kerusi Dun.

4. Daripada 60 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRU-13, hanya 36 Dun dimenangi dengan undi popular oleh parti yang menang, manakala 14 lagi dimenangi kerana pertembungan berbagai parti, bukan dengan undi popular.

5. Bn Sabah menang 41 kerusi dengan undi popular, manakala pembangkang 5.

6. Oleh kerana PRU-14 dianggap sebagai ‘BAPA” kepada semua pilihan raya di negara ini, tidak terlepas juga di Sabah, sehinggakan PRU itu merupakan PRU paling sengit dalam sejarah PRU negeri, akan tetapi keputusannya nanti, akan cenderung kembali kepada keputusan PRU 2004 dan 2008.

7. Pada PRU 2004 dan 2008, Bn Sabah hanya kalah masing-masing satu DUN dan satu Parlimen.

8. Tidak dinafikan, bahawa parti-parti pembangkang akan mendapat undi, akan tetapi, tidak menjadi kerusi. Perkiraan penulis, jika pertembungan berbagai parti berlaku, hanya DUN Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu bakal dimenangi parti DAP.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook