Latest News

Wednesday 6 December 2017

PRU-14: Boleh Sudah Diteka


1. Selepas taklimat Presiden, maka masa PRU-14 semakin boleh diteka. Kemungkinan besar parlimen dibubar pada Januari 2018 semakin kuat, apabila salah seorang pemimpin veteran Umno Tan Sri Ali Rustam memberitahu, bahawa Presiden berpesan agar para pemimpin berada dikawasan masing-masing pada permulaan tahun.


2. Jika parlimen dibubar pada januari 2018, maka SPR mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan PRU-14. PRU-13 jatuh pada Mei 2013. Jika parlimen dibubar pada Januari, maka pilihan raya perlu diadakan pada antara Februari-April. Walau bagaimanapun, tarikh PRU akan ditentukan oleh SPR. Jika agensi itu menentukan sebelum Tahun Baru China yang jatuh pada 17-18 Februari, maka kemungkin parlimen dibubarkan pada minggu pertama bulan Januari. Jika parlimen dibubarkan pertengahan bulan januari, maka kemungkinan hari pengundian selepas Tahun Baru China, iaitu pada minggu kedua Mac, iaitu pada 11 Mac. Angka 11 adalah kegemaran Perdana Menteri.

3. Parti Barisan Nasional berdepan dengan PRU-14 mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13, iaitu berjumlah 133. Jumlah itu sebenarnya telah bertambah kepada 134, apabila menerusi PRK Teluk Intan, Perak BN merampas kawasan itu daripada DAP. Kemudian Bn, kehilangan dua kerusi di Parlimen (untuk rekod), apabila MP Semporna dan MP Pagoh bertukar menjadi pembangkang.

4. Pada PRU-13 lalu, Bn Sarawak memberikan 25 kerusi parlimen daripada 31, manakala Sabah 23 daripada 26 termasuk WP Labuan. Sementara di Semenanjung, Bn menang 85 daripada 165.

5. PRU-14, dianggap PRU yang paling sengit, bukan sahaja oleh para pemimpin Bn, akan tetapi juga oleh penganalisa politik tanah air.

6. PRU itu menjadi sengit dan hebat, kerana Bn berdepan dengan persepsi dan gossip yang melanda negara. Rakyat negara ini, masih lagi menjadikan gossip dan persepsi sebagai penentu kepada keputusan mereka memangkah dalam pilihan raya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook