Latest News

Friday 29 December 2017

PRU-14: Hanya Menunggu Tarikh


1. Parti Barisan Nasional sudah siap sedia menghadapai PRU-14. Di peringkat kebangsaan, parti gabungan 13 parti itu akan berdepan dengan DAP-PKR-PPBM-Amanah, selain itu parti PAS. Di beberapa negeri, hanya parti-parti itu merupakan lawan Bn, kecuali di Sabah, selain parti-parti itu, Bn akan berdepan dengan parti-parti tempatan seperti parti Warisan Sabah, parti-parti dalam Gabungan Sabah, parti Cinta Sabah dan beberapa parti kecil lain.


2. Secara umumnya, parti BN mempertahankan 133 kawasan parlimen yang dimenangi pada PRU-13 lalu, selain negeri-negeri yang diperintah gabungan 13 parti itu.

3. Pada PRU-14, Bn mencuba merampas semula Selangor, daripada parti pembangkang. Jika pada PRU-13, gabungan 13 parti itu berjaya merampas semula Kedah, tidak mustahil pada PRU-14, Selangor berjaya kembali ke pangkuan Bn, selepas negeri itu dikuasai pembangkang pada PRU 2008.

4. Menurut ahli politik veteran negeri Sabah Tuan Haji Jabar Khan Napi, yang telah menjejalah Selangor sejak 3 tahun lepas dan beterusan sehingga kini, sekurang-kurangnya daripada 56 DUN negeri itu, 29 kerusi boleh ditawan Bn.

5. Apabila ditanya berkaitan Sabah, beliau berkata, Bn Sabah akan tetap simpanan tetap Bn, walaupun mendapat saingan di kawasan Pantai Timur, khususnya Semporna.

6. Menurut Jabar, walaupun Bn akan menambah kerusi Parlimen di Selangor, dan kemungkinan besar merampas negeri itu, akan tetapi akan kehilangan beberapa kerusi di Johor dan Kedah, walaupun secara keseluruhannya Bn akan mendapat jumlah kerusi parlimen paling sedikit 130. 

7. Jika calon-calon yang bakal dikemukakan Bn khususnya di kawasan-kawasan marjinal, tidak mustahil, Bn akan memperoleh semula kuasa 2/3 di Dewan rakyat.

8. Walaupun dalam politik, semuanya boleh berlaku, dan kata pemutus adalah daripada rakyat, apa kah rakyat akan berpaksi kepada persepsi/gosip atau kah pada fakta.

9. Kerajaan Bn di bawa pimpinan Dato Seri Najib Razak telah membuktikan bahawa kerajaan yang ada peka kepada kehendak rakyat, selain hala tuju negara berada dalam landasan betul, khususnya menerusi hala tuju baru negara Transformasi 2050 (TN50), yang mencerminkan bahawa hala tuju negara ini dicatur oleh generasi penerus.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook