1. Pada tulisan kali ini, penulis melihat keputusan Parlimen Kimanis
pada PRU-13 lalu. Pada PRU itu, undi yang diperolehi calon Bn sejumlah
13,754 dan menang dengan majoriti 5,723 bersamaan 71.26% undi
pembangkang terdekat.
2. Jumlah bagi bagi Dun Bongawan (7,443);
Membakut (6,547) secara keseluruhan berjumlah 13,990, dengan
masing-masing majoriti 3,392 (83.73% daripada undi terdekat); 3.510
(115.5% undi terdekat).
3. Melihat kepada jumlah undi peringkat
Parlimen dan DUN sebenarnya tidak jauh berbeza, kecuali perolehan
calon-calon. Pencapaian calon-calon dilihat daripada segi peratusan
jumlah majoriti.
4. Nampak gaya, impak calon Di Dun Membakut
cukup menonjol apabila peratusan melebihi 100% berbanding undi
pembangkang terdekat.
5. Pada PRU-14 akan datang, jentera Bn
perlu bekerja keras, agar semua pengundi Bn mengundi secara enblok, baik
parlimen mahupun Dun-Dun.
6. Melihat kecenderungan pengundi di kawasan Kimanis, nampak gaya, Bn tidak akan berdepan banyak masalah pada PRU-14.
7. Mempertahankan calon-calon yang ada, akan menjamin kemenangan parti Bn.
0 comments:
Post a Comment