Latest News

Tuesday 19 December 2017

PRU-14: Impak Undi “Enblok”


1. Berasaskan senario politik semasa, kecenderungan pengundian pada PRU-14 akan berlaku pengundian secara enblok. Makna kata, pengundi Barisan Nasional akan mengundi calon-calon parti itu, apa kah di peringkat parlimen mahupun DUN-DUN.


2. Contoh pengundian enblok seperti mana berlaku di Parlimen Tawau pada PRU-13 lalu.

3. Pada PRU-13, jumlah undi yang diperolehi calon Bn di peringkat Parlimen berjumlah 21,331, manakala jumlah untuk tiga DUN- Balung; Apas dan Sri Tanjong bagi calon-calon Bn berjumlah 21,877.

4. Bagi pembangkang pula undi yang diperolehi di peringkat Parlimen berjumlah 16,352, manakala jumlah keseluruhan bagi 3 DUN berjumlah 16,133.

5. Pada PRU-14, undi Bn akan bulat kepada calon-calon Bn, manakala pembangkang akan berpecah, kerana Parti Warisan Sabah, secara jelas tidak akan berkerjasama dengan parti-parti pembangkang. Dengan demikian, maka akan berlaku pertembungan berbagai penjuru.

6. Menerusi pertembungan berbagai penjuru, maka undi pembangkang akan berpecah, dengan demikian saingan mereka terhadap calon-calon Bn akan menipis.

7. Penulis sangat yakin, jika pertembungan berbagai penjuru, maka sangat positif kepada Bn. Jika benar-benar berlaku pertembungan berbagai penjuru, maka keputusan PRU 2004 dan 2008 akan berulang.

8. Untuk catitan, parti pembangkang Sabah selain parti-parti dalam Pakatan Harapan, juga ada parti Warisan Sabah, PCS dan beberapa parti kecil lain yang bergabung dalam Gabungan Sabah.

9. Parti Warisan Sabah, merasakan bahawa parti mereka akan mencontohi bagaimana Parti Berjaya mengalahkan parti Usno, dan bagaimana parti PBS mengalahkan parti Berjaya. Mereka lupa, bahawa senario politik semasa parti Berjaya dan Parti PBS ditubuhkan sungguh berbeza.

10. Parti Warisan Sabah ditubuhkan, kerana dendam peribadi, bukannya atas permintaan rakyat. Dengan demikian, apapun tindak tanduk dan strategi parti itu tidak akan mendapat sokongan rakyat majoriti.

11. Rakyat Sabah sudah bosan dengan perubahan kerajaan, kerana telah melaluinya. Perubahan kerajaan tidak bermanfaat kepada rakyat, malah negeri menjadi negeri termiskin dalam negara.

12. Bayangkan kadar kemiskinan tahun tahun 1994 berlegar-legar pada angka 39%, berjaya diturunkan kepada 19.7% pada tahun 2009, dan kini hanya 2.9%.

13. Kerajaan Bn Sabah yang diterajui Umno bukan sahaja dapat menurunkan kadar kemiskinan, akan tetapi telah membangun Sabah dalam semua aspek.

14. Parti Bn telah terujui, mempunyai rekod, manakala parti-parti pembangkang, masih dengan janji-janji retroik, tiada rekod dan belum teruji. Kalau ditambah lagi dengan kelibat Presiden Parti Warisan Sabah semasa menteri KKLW, dana untuk pembangunan Sabah tidak sampai kepada sasaran, mala penggunaan dana itu sedang disiasat oleh SPRM.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook