Latest News

Monday 25 December 2017

PRU-14: Kajian Sikap Pengundi Sabah


1. SESUATU kawasan dapat dikategorikan sebagai PUTIH, KELABU ATAU HITAM, ditandai apa kah di kawasan-kawasan tersebut terdapatnya cawangan-cawangan parti Bn dibubarkan, kerana menyertai pembangkang. Sesebuah cawangan atau bahagian terbubar, apabila majoriti Ahli jawatan Kuasa atau ahli keluar daripada parti.


2. Memang berlaku, ada ahli-ahli parti komponen keluar daripada parti di kawasan-kawasan tertentu termasuklah Semporna, Keningau, Tenom, Sipiting, Beufort, Kimanis, Penampang, Kudat, malah Kota Belud, namun tidak menyebabkan sebarang pembubaran termasuk di peringkat cawangan.

3. Memang pembangkang akan bercakap seperti tin kosong, terutamanya mereka yang asalnya ahli parti komponen, kerana memang mereka itu mempunyai rakan malah saling mengenal antara satu sama lain, mendakwa, bahawa mereka yang belum menyertai mereka secara terang, hanya menunggu masa, dan sekaligus akan mengundi pembangkang pada PRU-14. Cerita itulah yang dijajah mereka, apabila masuk kampung keluar kampung.

4. Pembangkang lupa, bahawa setiap individu yang menyertai sesebuah parti, kerana melihat perjuangan parti itu. Mereka yang mempunyai nawaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air (ABATA), sudah tentu menyertai parti-parti komponen Bn, seperti Umno, kerana perjuangan parti itu sebelum merdeka lagi, memang berasaskan visi itu.

5. Para individu juga melihat parti dan pemimpin mana yang boleh mengotakan janji. Parti Bn bersama pemimpinnya sejak merdeka telah menunaikan janji. Demikian juga parti Bn Sabah, telah menunaikan janji. Penulis, telah menulis sebuah Buku bertajuk KAMI TELAH TUNAIKAN. Buku ini semacam “scorecard” parti Bn Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman. Buku ini akan terbit pada Januari 2018, dan akan diedarkan di seluruh Sabah, untuk rakyat melihat secara terperinci fakta pencapaian parti Bn Sabah, khususnya pencapaian sejak memerintah Sabah bermula tahun 1994.

6. Rakyat Sabah cukup rasional dan mampu menilai mana permata dan mana batu. Rakyat Sabah cukup jelas, mana janji retorik, mana janji bulan bintang, kerana janji-janji pembangkang, HANYA SEDAP DIDENGAR, kerana janji-janji itu, BUKAN bertujuan untuk ditunaikan, akan tetapi HANYA sebagai alat memancing dan mengelirukan rakyat.

7. Rakyat Sabah, jangan sama sekali, apabila mendengar guruh di langit, lalu air di tempayan dicurahkan, nanti “kita” akan menjadi seperti anjing mengongong tulang bersama dengan bayang-bayang , akan menjadi melepas burung di tangan, kerana melihat banyak burung berterbangan di angksa. Fikir-Fikirkan Lah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL & TAHUN BARU
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook