Latest News

Sunday 24 December 2017

PRU-14: PEMBANGKANG TIDAK MUDAH MENEWASKAN KERAJAAN


1. Tahun 1990, apabila parti PBS keluar daripada Bn, maka parti itu menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan. 


2. Bermula daripada masa itu, parti Bn yang ditunjangi Umno berkempen dan memberi tahu rakyat betapa pentingnya rakyat Sabah menyokong parti yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

3. Bukan calang-calang pemimpin yang terlibat, samada di peringkat negeri mahupun Persekutuan, namun pada PRN 1994, parti Bn tidak mampu mengalahkan parti yang sedang memerintah negeri, iaitu PBS.

4. Bukan mudah mengalahkan parti yang sedang memerintah. Jika parti pembangkang kemaruk sangat mahu menumbangkan kerajaan yang sedang memerintah, maka parti-parti itu perlu mempunyai isu tidak boleh ditangkis oleh kerajaan yang sedang memerintah.

5. Memandangkan parti Pembangkang tidak mempunyai isu untuk dilontarkan kepada kerajaan, selain isu-isu fitnah dan putar belit, ditambah nawaitu pemimpin mereka yang hanya mahu mencapai keinginan masing-masing, maka rakyat majoriti tidak akan terpancing dengan dakyah mereka itu.

6. Para pemimpin pembangkang yang ada, tiada rekod untuk membangun dan membela rakyat, jika adapun adalah rekod menafikan hak-hak rakyat seperti mana berlaku berkaitan dengan Saham Amanah Sabah, pembangunan kemudahan asas luar bandar seperti Bekalan Air Berish Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan Raya Luar Bandar (JRLB) termasuk bantuan kepada pelajar miskin yang diselewengkan.

7. Berbeza dengan kerajaan yang memerintah, bukan sahaja berjaya membangun negeri dalam semua aspek, akan tetapi simpanan kewangan negeri dan bajet negeri juga terus meningkat.

8. Jika dahulu, kerajaan hanya bergantung kepada pembalakan untuk mendapatkan pendapatan, namun kerajaan yang ada bukan lagi bersandarkan kepada pembalakan, akan tetapi pndapatan dijana melalui aktiviti ekonomi lain.

9. Pada tahun 2002, keluasan hutan kekal Sabah hanya 838ribu hektar, namun kini telah mencecah 1.8juta hektar, satu peningkatan di atas 100%.

10. Berkaitan tanah yang diberikan kepada individu, telah dtukar kepada geran komunal, tujuannya, supaya tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat tidak dapat dijual. Cuba bayangkan sebelum tahun 2002, seluas 1.4juta ekar tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat, kini, tanah itu bukan milik mereka yang telah diberikan, akan tetapi telah dijual kepada pihak lain.

11. Mereka yang bercakap berkaitan MA63, sebenarnya tidak fahampun apa kandungan perjanjian itu, sedangkan kerajaan telah mendalami butiran-butiran dalam perjanjian itu, sebab itu, Perdana Menteri menyuarakan secara terbuka JIKA MASIH ADA HAK-HAK SABAH TERAMBIL sesuai dengan MA63, maka perlu dikembalikan dengan segera.

12. Kerajaan Bn, bermotif membangun seluruh negara termasuk rakyatnya. Oleh kerana perancangan dan aktivti ekonomi yang dijalankan kerajaan begitu rapi dan terurus, maka di Sabah kadar kemiskinan berjaya diturunkan kepada angka 2.9%, berbanding tahun 2009, 19.7%. Kadar kemiskinan ini akan dapat diturunkan lagi, apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap kelak, kerana lebuh raya itu akan menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi.

13. Kerajaan Bn begitu peka kepada keperluan rakyat, sebab itulah bayaran tunai menerusi BR1M dilaksanakan, bantuan awal persekolahan diberikan, buku teks percuma diberikan, peluang menyambung pelajaran dibuka dengan luas, penjagaan kesihatan diutamakan, malah hampir percuma, sekolah rendah-menengah percuma.

14. Bagi Sabah, untuk tujuan pengawal harga barangan, setiap tahun Kerajaan Persekutuan menyediakan RM80juta, bagi tujuan menjaga keselamatan khususnya di Pantai Timur, kerajaan Persekutuan menyediakan dana ratusan juta ringgit kepada Esscom.

15. Untuk mengatasi PATI, kerajaan membuat pendekatan, TIADA HARI TIADA

OPERASI, bagi MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI ke negara asal, sehinggalah Sabah SIFAR PATI.


16. Bagi mengatasi gejala banjir, kerajaan memperuntukan ratusan juta ringgit, bagi memperdalam muara-muara sungai, memperdalam perparitan selain membina tebatan-tebatan banjir.

17. Kerajaan Negeri menerusi kepimpinan Tan Sri Musa Aman, saban tahun membentangkan bajet purata RM4bilion, selain itu, bajet itu sentiasa surplus. Sebagai rekod, sejak 16 tahun lalu, perbelajaan negeri sentiasa mempunyai lebihan, sebab itu, simpanan kewangan negeri terakru mencecah RM3.74bilion pada masa ini.

18. Pembangkang yang keluar masuk kampung, tidak mempunyai rekod untuk dijual kepada rakyat, selain politik retorik, politik bulan bintang, malah politik air liur.

19. Rakyat Sabah, memang rasional, sebab itu, walaupun pembangkang begitu gahirah sekali, akan tetapi tidak mendapat sokongan. 

20. Di media sosial, para penyokong pembangkang mengulang-ulang gambar-gambar yang sama, kononnya rakyat menyertai mereka, namun, jika diteliti secara keseluruhan jumlahnya tidak sampaipun 100ribu. Pengundi Sabah berjumlah 1.043juta, untuk menang pilihan raya, setidaknya separuh daripada itu.

21. Untuk rekod, parti Umno sendiri mempunyai keahlian seramai lebih 500ribu, dan 95% daripada mereka terdaftar sebagai pengundi.

22. Kepada pembangkang, jangan berangan mampu menumpaskan Bn Sabah pada PRU-14, Bn Sabah akan tetap Simpanan Tetap Bn, dulu, kini dan selamanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook