Latest News

Saturday 23 December 2017

PRU-14: Politik Itu Satu Seni



1. PENYOKONG pembangkang hanya menilai, apabila sesuatu perjumpaan terdapatnya ramai yang datang, maka dikatakan sokongan cukup hebat. 

2. Penduduk setempat yang datang ada beberapa sebab- keinginan tahuan, mungkin ada faktor penarik seperti hiburan atau tikit bertuah atau ada pemberian sumbangan.

3. Bagi parti baru, keadah yang disebutkan kerap digunakan, sebab itu semasa jelajah awal parti Warisan Sabah, berlori-lori barang-barang untuk tujuan cabutan bertuah digunakan sebagai penarik supaya penduduk datang pada majlis perjumpaan yang diadakan.

4. 30-40 tahun lalu, memang kaedah perjumpaan salah satu cara untuk menarik sokongan, kerana menerusi flatform itu sahaja, penduduk dapat mendengar hujah-hujah pemimpin politik yang berniat menarik sokongan pengundi.

5. Namun, apabila masa berubah, termasuk dalam era internet masa kini, kaedah berpolitik sudah berubah. Sebab itulah, pembangkang yang mempergunakan alam maya sejak tahun 2008, berjaya menembusi pengundi, sehinggakan Bn kehilangan kuasa 2/3 kemudiannya undi popular di peringkat Persekutuan.

6. Akan tetapi, menerusi PRN Sarawak tahun 2016 dan PRK berkembar Hulu Selangor dan Kuala Kangsar, parti Bn menemukan kaedah baru, bagai mana untuk meningkatkan, mempertahankan sokongan. Kombinasi berbagai keadah termasuk media sosial, kumpulan serta penguasaan Pusat daerah Mengundi (PDM) merupakan cara bersepadu yang mempunyai impak besar terhadap jumlah sokongan. cara ini, dapat dilakukan kerana jentera Bn cukup ampuh dan efektif selain disokong kekuatan kewangan.

7. Penulis yakin, mana-mana pihak yang menguasai PDM merupakan pemenang pada PRU-14, bukannya berasaskan kepada perjumpaan, yang menunjukkan jumlah yang hadir. Jumlah yang hadir dapat dimanipulasi, menerusi penghujung luar, seperti mana berlaku pada lawatan Datuk Shafie Apdal di Kg Lihak-Lihak dalam DUN Bugaya, semporna baru-baru ini.

8. Menerusi lawatan itu, kerana dikatakan ramai yang hadir, maka dikatakan kedudukan ADUN kawasan itu Datuk Ramlee Marhaban tergugat, malah ada penyokong parti Warisan Sabah, membuat kesimpulan, bahawa Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah itu sedang kepanasan.

9. Apa yang tidak difahami oleh penyokong parti Warisan Sabah, politik itu adalah seni. Mana-mana pemimpin yang mampu mengikuti gerak seni itu, maka pemimpin itulah yang mendapat sokongan pengundi. Apa yang terlepas padang oleh pemimpin Warisan di kawasan DUN Bugaya, bahawa pengundi di kawasan itu yang menentukan siapa yang menang di kawasan DUN itu, bukannya pengundi luar atau orang luar kawasan.

10. Pemimpin Warisan terlepas pandang, mana-mana pemimpin yang menguasai PDM, adalah pemenang. Para pemimpin Bn, sangat fokus kepada PDM, bukannya fokus kepada jelajah. Sebab itulah, kita nampak, setiap acara turun padang pemimpin Bn, sentiasa fokus kepada pengundi kawasan, bukannya fokus kepada orang luar kawasan.

11. Penulis yakin, setiap pemimpin atau jentera Bn, bagi satu-satu DUN atau Parlimen, telah mempunyai data, yang terbahagi kepada pengundi PUTIH, KELABU DAN HITAM. Dan, seterusnya, para pengundi ini terus dipantau setiap masa sehinggalah pada malam atau hari pengundian pada PRU-14.

12. Setiap pemimpin dan bakal calon tahu kedudukan semasa mereka, dan kedudukan itu turut dikongsi sama oleh pucuk pimpinan. Para calon yang dikemukakan oleh Bn pada PRU-14 nanti, adalah calon-calon terbaik daripada yang terbaik, dan sudah tentunya mereka itu adalah “winnable candidate”.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook