Latest News

Monday 25 December 2017

PRU-14 Sabah: Bakal-Bakal Calon Bn- Kretiria Apa Yang Diguna Pakai?


1. PRU-14 hanya menghitung hari. Parti Bn, sudah siap siaga. Dalam kesiap siagaan itu, sudah tentu, setiap pengundi ingin mengetahui, bakal-bakal calon yang mereka undi kelak.


2. Pertimbangan utama Bn, adalah calon boleh menang (winnable candidate). Bagai mana kah kretiria itu ditentukan? Apa kah berasaskan kedudukan seseorang calon itu dalam parti? atau kah berasaskan pertimbangan lain.

3. Apa kah Bn Sabah, akan melakukan transformasi? menerusi calon-calon baru, atau kah mempertahankan wakil-wakil rakyat sedia ada?

4. Pada PRU-13 lalu, di peringkat DUN, Bn Sabah menang 48 daripada 60, dan jika persempadan baru diguna pakai pada PRU-14, maka Bn Sabah akan mempunyai 27 calon-calon baru di peringkat Dun, jika masih 60 Dun, maka hanya 14 calon-calon baru.

5. Bagi kawasan Parlimen pula, jelas, Bn akan mempunyai empat calon baru, iaitu kawasan parlimen Sandakan, parlimen Penampang dan parlimen Kota Kinabalu serta parlimen Semporna.

6. Melihat kepada 14 calon-calon baru, ianya mewakili 29.17% berbanding calon-calon lama, atau 23.33% berbanding keseluruhan. Akan tetapi, jika persempadan baru diguna pakai, maka calon-calon baru merupakan 58.7% berbanding calon-calon lama, atau 37% berbanding calon keseluruhan.

7. Melihat kepada kombinasi antara calon-calon lama dan baru, kalaupun pucuk pimpinan parti Bn akan mengemukankan calon-calon pengganti, khususnya di kawasan-kawasan di mana wakil rakyatnya kesukaran bergerak kerana di mamah usia, selain sudah berpenggal-penggal sebagai wakil rakyat, diperkirakan, hanya melibatkan antara 3-4 kawasan.

8. Bn Sabah, perlu mengemukakan calon-calon selain berstatus winnabale candidate, akan tetapi kretiria yang paling mustahak, bebas sebarang isu dan skandal.

9. Di peringkat kerajaan, nampaknya tidak banyak isu yang berbangkit, kerana janji-janji kerajaan khususnya semasa PRU-13, hampir 99% telah ditunaikan. Malah pada tahun 2018 kebetulan PRU-14, kerajaan negeri telah membentangkan bajet negeri yang membawa tajuk MEMPERKASA EKONOMI DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT yang berjumlah RM4.104bilion.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook