Latest News

Sunday 31 December 2017

PRU-14 SABAH: Elopura Dapat Calon Baru


1. ADUN Elopura- Datuk Au Kam Wah, sudah mengumumkan tidak akan mempertahankan DUN Elopura yang dimenangi beliau sejak tahun 2004, sebebaliknya kawasan itu akan ditandingi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN tersebut Chan Tzun Hei,34.


2. Menerusi kenyataan ADUN itu, telah memecah tradisi pengumuman calon-calon bagi parti Bn, kerana biasanya calon-calon akan diketahui selepas parlimen/dun dibubarkan, dan pengumuman calon biasanya dilakukan oleh pengerusi Bn negeri atau Presiden sesebuah parti komponen.

3. Tidak diketuai apa yang mendorong ADUN itu menamakan calon pengganti beliau? Apa kah di kawasan itu sedang berlaku perebutan calon? selepas beliau tidak mempertahankan kawasan itu?

4. Untuk gambaran keupayaan Au di kawasan itu bermula pada PRU 2004, 2008 dan 2013. Pada PRU 2004 beliau mendapat undi 8,095 dan menang dengan majoriti 6,978; pada PRU 2008 mendapat undi 7,919 menang dengan majoriti 5,409, manakala pada PRU 2013 beliau mendapat undi 8,105 dengan majoriti 251.

5. Sejak tahun 2004 sehingga 2013, jumlah pengundi di kawasan itu telah berubah daripada 18,363 kepada 22,317. Bagi 2004 dan 2008, peratusan yang turun mengundi masing-masing 59.17% dan 57.56%, manakala pada PRU 2013 - 75%. Perubahan kepada jumlah pengundi dan peratusan yang turun mengundi, seolah-olah telah menambah jumlah pengundi yang mengundi pembangkang, kerana jika dilihat daripada undi yang diperolehi calon Bn, semacam hampir sama, iaitu masing-masing- 8,095;7,919 dan 8,105.

6. Melihat kepada kecenderungan undi itu, walaupun ADUN itu masih berumur 54 tahun, akan tetapi sanggup tidak mempertahankan kawasan itu, untuk memberi peluang kepada calon lebih muda.

7. Apa kah tindakan ADUN Elopura itu, akan mencerminkan pola pemilihan calon-calon Bn Sabah pada PRU-14? sesuai dengan cadangan Ketua Pemuda UMNO/BN Sabah- Saudara Hafez Musa? Jika demikian, maka diramalkan banyak kawasan-kawasan bakal menerima calon-calon baru!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook