Latest News

Sunday 17 December 2017

PRU-14 Sabah: Impak Sabotaj Pengundian Rakyat


1. Impak sabotaj bukan sahaja boleh mengenepikan undi popular akan tetapi boleh juga mengalahkan calon Bn.


2. Pada PRU-13, ada beberapa kawasan kerana undi sabotaj, calon Bn kalah malah kehilangan undi popular. Kawasan-kawasan yang mengalamai sabotaj antaranya Dun Matunggong, Kedamaian, Kilulu, Tamparuli, Klias, Liawan, Bugaya dan beberapa kawasan lain termasuk Dun Tambunan.

3. Tujuan sabotaj itu, sebenarnya didalangi pemimpin Bn sendiri, supaya pucuk pimpinan Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri), supaya kenampakan tidak diterima rakyat Sabah.

4. Di kawasan Semporan misalnya, khususnya Dun Bugaya, bayangkan calon kawasan itu yang menang tanpa bertanding pada PRU 2008, namun hanya mendapat undi 6,642 secara keseluruhan. Menerusi jumlah undi itu, calon Bn kawasan itu Datuk Ramlee Marhaban menang dengan majoriti 3,503. Mojoiti itu merupakan 112% berbanding undi terdekat yang berjumlah 3,139.

5. Di DUN Bugaya, calon yang mendapat undi 3,139 adalah calon bebas, yang merupakan mantan pegawai Khas Datuk Shafie Apdal di KKLW.

6. Memang mantan pegawai itu ( Abdul Hussin bin Kiamsin) dicadangkan oleh MP Semporna itu bagi menggantikan Ramlee di DUN Bugaya, namun pucuk pimpinan negeri masih mempertahankan Datuk Ramlee.

7. Contoh akibat sabotaj daripada dalaman seperti mana berlaku di DUN Bugaya, boleh menyebabkan calon Bn kehilangan undi popular. Cuba bayangkan, jika pada PRU-13 itu tiada calon tajaan melawan Bn, undi calon Bn bukannya 6,642 akan tetapi 9,781, dengan undi itu, maka majoriti calon Bn bukannya 3,503 akan tetapi 9,079 undi, kerana undi terdekat daripada calon Pas yang mendapat 702 undi.

8. Di atas kertas khusus untuk Dun Bugaya, memang undi Bn berkisar antara 8,500-10,000. Pada kedudukan ini, nampak gayanya, pada PRU-14, kedudukan Dun itu, masih dalam gengaman Bn, kerana mereka yang mengundi calon bebas tajaan Shafie pada PRU-13 itu, bukan lagi berafiliasi dengan Bn.

9. Penulis yakin,mengapa calon bebas tajaan Shafie itu mendapat undi sedemikian ramai, kerana isu beliau akan melompat kepada Bn sebaik menang. Tujuan beliau bertanding hanya mahu mengalahkan calon pilihan Musa, itu sahaja.

10. Kini, selepas Shafie menjadi pembangkang, Semporna bergantung harap kepada pemimpin seperti Datuk Ramlee Marhaban untuk memajukan dan membangun kawasan itu.

11. Sokongan padu pucuk pimpinan kepada ADUN Bugaya merangkap Pembantu Menteri Kwangan Negeri itu, dapat mentransformasikan Semporna yang lena daripada tidur di bawa penguasaan Shafie selama 22 tahun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook