Latest News

Monday 18 December 2017

PRU-14 Sabah: Kebarangkalian Keputusan Bagi Kawasan Semporna


1. Mungkin banyak pihak termasuk parti Warisan Sabah sendiri memperkirakan bahawa undi yang diperolehi Presiden parti itu pada PRU-13 sebanyak 25,559 sehinggakan menang dengan majoriti 20,905 merupakan undi peribadi beliau, dan menganggapnya jika bertanding menggunakan parti lain, maka undi itu akan diperolehi.


2. Mari kita lihat jumlah undi calon-calon Bn bagi masing-masing DUN di kawasan itu pada PRU-13. Bagi DUN Sulabayan- 6,546; Senallang-7,425 dan Bugaya-6,642; menjadikan jumlah keseluruhan 20,613.

3. Mengapa undi di peringkat Dun lebih rendah berbanding dengan undi parlimen, sebabnya ada calon tajaan melawan calon Bn di Dun Bugaya.

4. Melihat kepada perbezaan undi antara DUN dan Parlimen, dapat diihat di kawasan Semporna terdapatnya pengikut peribadi Datuk Shafie Apdal seramai 4,946 orang. Daripada jumlah ini, 3,139 telah mengundi calon bebas- mantan pegawai Khas KKLW semasa PRU-13 itu.

5. Di Semporna, hakikat yang perlu diterima, bahawa penyokong dan pengundi parti Bn khususnya Umno berlegar-legar pada angka 20,000. Penulis tidak pasti, berapa pengundi Semporna pada PRU-14. Jika berasaskan jumlah yang keluar mengundi pada PRU-13 lalu seramai 31,595, dan berlaku pertambahan pengundi sebanyak 10%, maka jumlah pengundi Semporna bakal berjumlah 34,754. Jika diambilkira penyokong Bn seramai 20,000, maka 14,754 akan menjadi rebutan ANTARA Bn dan pembangkang.

6. Berasaskan rekod keputusan PRU-13 bersamaan dengan majoriti yang diperolehi calon Bn, maka bagi parlimen mana-mana calon mendapat 18,000 pengundi adalah pemenang, manakala bagi Dun- Sulayaban 6,000; Senallang 6,500; Bugaya 5,500 adalah pemenang. Memandangkan penyokong Bn berjumlah 20,000, maka nampak gayanya, 4 kawasan yang dipertandingkan itu, TATAP MILIK BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook