Latest News

Tuesday 26 December 2017

PRU-14 Sabah: Mengurus Pengundi Faktor Penentu Kemenangan


1. APA yang jelas daftar undi Sabah yang digunapakai pada PRU-14 berjumlah 1.043juta. Mana-mana parti menguasai 51% daripada jumlah itu, maka adalah pemenang undi popular. 


2. Bagi Sabah, jumlah undi popular akan menggambarkan jumlah kerusi, walaupun terdapatnya kawasan-kawasan bandar yang mempunyai pengundi berlipat kali ganda berbanding kawasan luar bandar, namun jumlah kawasan itu tidak banyak. 

3. Pada PRU-14 indikasi kemenangan adalah mana-mana parti yang mendapat jumlah undi lebih setengah daripada jumlah itu.

4. Pada PRU-13, undi keseluruhan Bn lebih 400ribu, manakala jumlah undi parti terdekat hanya 178ribu, sebab itulah Bn menang 48 kerusi DUN dan 22 kerusi Parlimen.

5. Memandangkan jumlah ahli Umno Sabah lebih 500ribu, dan hampir kesemuanya merupakan pengundi, maka pada PRU-14, diperkirakan undi Bn tidak akan kurang daripada setengah juta. Jika demikian, maka tiada yang boleh menafikan bahawa Bn Sabah pada PRU-14 akan mencapai kemenangan.

6. Dalam keasyikan menulis berkaitan kemenangan Bn Sabah, faktor yang mengamit perhatian penulis adalah faktor mengurus pengundi. Di kawasan-kawasan parlimen Kota Belud,Tuaran, Sepanggar, Putatan, Kudat, Kota Marudu, terdapatnya rungutan para pengundi terhadap wakil-wakil rakyat. Mereka yang merungut itu, adalah ahli-ahli parti komponen Bn. Rungutan seumpama ini, walaupun nampak kecil, akan tetapi boleh membawa impak besar. Fakta PRU-13, menunjukkan, banyak kawasan parlimen undi lebih rendah berbanding jumlah undi di peringkat DUN yang diperolehi calon-calon Bn, sebagai contoh adalah Parlimen Sandakan.

7. Penulis adalah pengundi Kota Belud. Pada PRU 2008, kemenangan calon Bn dibantu oleh PDM KDM, sementara pada PRU-13, dibantu oleh PDM kaum iranun. Pada PRU-14, semua PDM kaum iranun akan kembali kepada keadaan tahun 2008, manakala PDM KDM akan kekal seperti keadaan PRU-13. Untuk catitan, pada PRU 2008, seluruh PDM kaum iranun Bn kalah, sementara pada PRU-13, semua PDM KDM Bn Kalah. Di atas kertas, Parlimen Kota Belud dalam bahaya, tetapi ada kecuali, jika berlaku perubahan calon, PARLIMEN Kota Belud TATAP BN!!!!. Fikir-fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook