Latest News

Saturday 30 December 2017

PRU-14 SABAH: PEMBANGKANG HANYA BERANGAN-ANGAN KOSONG


1. Parti pembangkang Sabah perlu mengakui, bahawa mereka ketandusan pemimpin yang boleh menarik sokongan rakyat. Pembangkang tiada pemimpin yang boleh dihandalkan untuk membela Sabah dan rakyatnya.


2. Para pemimpin pembangkang terdiri daripada pemimpin yang syiok sendiri, glamour sendiri, semacam angkat bakul sendiri.

3. Pemimpin Sabah yang tiada rekod yang boleh dilihat oleh rakyat sebagai membela negeri dan rakyatnya. Apa yang ada, adalah pemimpin yang terpalit dengan berbagai skandal, yang mana semua skandal itu telah manafikan hak-hak rakyat.

4. Pemimpin seperti Datuk Shafie Apdal terpalit dengan skandal RM7.5bilion dana KKLW, terpalit dengan cadangan menjual tanah di Tongod menerusi RISDA, sehinggakan wang agensi Persekutuan itu yang berjumlah RM15.5 juta hilang begitu sahaja, terpalit dengan cadangan menjual Yayasan Sabah tahun 1994.

5. Sementara para pemimpin yang termasuk dalam Gabungan Sabah, ada yang terpalit berkaitan Saham Amanah Sabah (SAS), ada yang terpalit dengan penjualan besar-besaran kayu milik Yayasan Sabah pada tahun 80-an, selain ada yang terpalit menjual tanah-tanah Sabah semasa diberi peluang sebagai pemimpin pada masa lalu.

6. Berbeza dengan pemimpin Bn yang ada, mereka ini, tiada hari, hanya memikirkan kemajuan negeri dan rakyatnya.

7. Para pemimpin Bn yang diberi jawatan menteri baik di Persekutuan dan Negeri, sentiasa berfikir bagai mana memajukan negeri dan rakyatnya. 

8. Para pemimpin Bn serta kerajaan yang diterajui mereka, bukan sahaja telah teruji, malah mempunyai rekod.

9. Bagi Sabah, cuba bayangkan pada tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta, manakala bajet, tidak sampai RM1.5bilion, kini simpanan kewangan negeri mencecah RM3.74bilion, dan bajet untuk tahun 2018 sebanyak RM4.104bilion dengan unjuran pendapatan RM4.169bilion, yang membawa maksud, bahaja bajet negeri tahun 2018 akan menyumbang kepada simpanan kewangan negeri sebanyak RM64juta.

10. Rakyat Sabah patut bersyukur mempunyai kerajaan Bn yang diterajui Tan Sri Musa Aman bersama-sama anggota pasukan beliau seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Hajiji Noor, Tan Sri Pairin, dan para pemimpin pelapis seperti Datuk Tawfiq, Datuk Ramlee, Datuk Ariffin, Datuk Musbah, Datuk Nizam, dan ramai lagi.

11. Para pemimpin Bn yang ada, bebas skandal, dan rata-rata mempunyai rekod membela nasib negeri dan rakyatnya.

12. Rakyat Sabah, sebenarnya, tidak perlu lagi terpengaruh dakyah pemimpin pembangkang, kerana mereka itu, hanya ahli politik seperti cendawan tumbuh seelepas hujan, mereka itu hanya membawa politik retorik, dan politik bulan bintang. Pendek kata, mereka itu hanya ahli politik syiok sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook