Latest News

Saturday 30 December 2017

PRU-14 SABAH: PEMBANGKANG HANYA MENCARI NASIB


1. Daripada 1.043 juta pengundi yang terdaftar bagi Sabah, berapa peratus kah akan mengundi parti-parti pembangkang?


2. Pada PRU-14, para pengundi yang tergolong dalam pembangkang akan keliru, parti mana yang bakal diundi, apa kah parti tempatan atau parti yang bergabung dalam Pakatan harapan. Manakala pengundi yang tergolong penyokong kerajaan, telah pasti hanya mengundi calon-calon berlambangkan DACING.

3. Untuk menang pada PRU itu, setidak-tidaknya 51% daripada jumlah itu memilih sesebuah parti secara enblok.

4. Sebagai perbandingan, parti Umno mempunyai 530ribu pengundi, tidak kurang daripada 490ribu terdaftar sebagai pengundi.

5. Melihat kepada ahli-ahli Umno dan kemudian ditambah dengan ahli parti komponen lain, undi sebanyak 531ribu bukan mustahil untuk diperolehi. Pada PRU, daripada 880 pengundi, 448ribu telah mengundi Bn Sabah, di mana jumlah itu adalah 51% daripada jumlah keseluruhan.

6. Melihat kecenderungan pengundi, walaupun senario politik Sabah agak berbeza dengan PRU-13, keputusan tidak akan jauh berbeza pada PRU-14.

7. Parti-parti pembangkang Sabah, sebenarnya hanya mencuba nasib, kerana mereka bukanpun ancaman kepada parti Bn, akan tetapi hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.

8. Kebarangkailan maksima yang bakal diperolehi parti pembangkang, jika mereka berjaya melawan Bn menerusi satu lawan satu adalah 26 kerusi DUN, samada menerusi 60 atau 73 kawasan DUN yang dipertandingkan. Namun, jika berlaku ‘FREE CONTEST” maksima mereka akan menang 6 kerusi DUN.

9. Melihat kepada kecenderungan itu, mengundi parti-parti pembangkang tidak akan kemana-mana, kerana rakyat yang mengundi hanya menjadi seseorang wakil rakyat untuk menikmati elaun wakil rakyat, akan tetapi tidak mampu membela pengundi yang mengundi mereka. Pendek kata mengundi pembangkang, hanya sia-sia atau buang masa. FIKIR-FIKIRKAN LAH
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook