Latest News

Sunday 17 December 2017

PRU-14 SABAH: Signifikasi Calon Kepada Kemenangan UMNO-BN SABAH


1. Ambil contoh kawasan Parlimen Sandakan dan Batu Sapi beserta kawasan Dun pada PRU-13 lalu.

2. Bagi kawasan Parlimen Batu Sapi majoriti kemenangan calon Bn adalah 3,798, namun majoriti kemangan bagi dua Dun Sekong dan Karamunting jika dijumlahkan adalah 4,385. Makna angka itu, di peringkat parlimen seramai 587 pengundi tidak mengundi Bn kerana faktor calon.

3. Demikian juga di Parlimen Sandakan, Bn tewas dengan 1,088 undi, akan tetapi dua DUN di parlimen itu dimenangi calon Bn dengan masing-masing majoriti Elopura (251), Tanjong Papat (1522), dan jika dijumlahkan maka majoriti 1,773. Oleh kerana calon Bn tewas di Parlimen, ertinya seramai 2,861 pengundi tidak mengundi Bn kerana faktor calon.

4. Gejala seumpama ini, perlu menjadi perhatian pucuk pimpinan pada PRU-14, kerana faktor calon boleh menyebabkan calon-calon Bn boleh tewas.

5. Pada PRU-13 lalu, Bn Sabah tewas di 12 kawasan Dun, 6 diantaranya daripada calon parti PBS. Manakala di peringkat parlimen, Bn Sabah tewas 3 kawasan, masing-masing, 1 LDP, 1UPKO dan 1PBS.

6. Melihat kepada trend sokongan pengundi pada PRU-13, calon-calon parti selain Umno mendapat tantangan hebat. Pada PRU-14, keadaan serupa akan berterusan. Jika calon-calon yang mengalami penurunan undi pada PRU-13 dicalonkan semula, besar kemungkinan akan memberi impak negatif kepada Bn Sabah.

7. Di atas kertas, kenampakannya, PRU-14 merupakan pilihan raya paling sengit, malah Perdana Menteri mengatakannya sebagai “bapa kepada semua pilihan raya” di negara ini.

8. Namun di Sabah, walaupun senario politik sangat berbeza dengan PRU-13, akan tetapi “plus minus” keadaan di lapangan semacam kembali kepada keadan tahun 2004 dan 2008. Berasaskan kepada “first-past-the-post” Bn Sabah akan mengulangi pencapaian itu, akan tetapi dengan “syarat” semua pihak perlu ikut perancangan pucuk pimpinan bagaimana mendekati rakyat, termasuk jangan “babau” menangkis isu yang diputar belit pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook