1. Pada PRU-14, kawasan terpanas yang menjadi perhatian, selain
Parlimen Semporna, juga tiga DUN di kawasan parlimen itu. Tiga Dun
tersebut adalah Sulabayan (N52); Senallang (N53) dan Bugaya (N54).
2.
Pada PRU-13, Dun Sulabayan dimenangi calon Bn masing-masing dengan
majoriti 8,129 undi, Senallang 5,909 undi, manakala Bugaya 3,503 undi.
3.
Pada PRU itu, DUN Bugaya sudah menjadi perhatian, kerana terdapatnya
para individu yang “rapat” dengan Datuk Shafie Apdal telah bertanding
sebagai calon bebas di DUN tersebut, yang mana pada PRU itu, daripada
11,513 undi, jumlah pengundi yang mengundi calon bebas seramai 4,871
berbanding dengan undi calon Bn 6,642. Kalau melihat daripada segi undi
popular, calon Bn hanya popular sebanyak 1,771 undi walaupun daripada
segi majoriti sebanyak 3,503 undi.
4. Pada PRU-14, akan berlaku
pertembungan terus antara calon-calon Bn dengan calon-calon yang
mewakili Datuk Seri Shafie Apdal menerusi parti Warisan Sabah.
Pertembungan itu, bukan sahaja di Dun Bugaya akan tetapi dua Dun yang
lain serta parlimen Semporna.
5. Senario politik antara PRU-13
dan 14 memang berbeza. Namun, lazimnya, pengundi yang memang pembangkang
akan mengundi pembangkang, manakala yang menyokong kerajaan akan
mengundi kerajaan.
6. Memang tidak dinafikan, ada segmen
pengundi yang berkiblat kepada pemimpin, seperti mana yang berlaku di
DUN Bugaya pada PRU-13, sehinggakan undi calon-calon bebas mencecah
4,871 undi secara keseluruhan.
7. Namun, hakikatnya pengaruh
pemimpin tertentu tidak dapat mengatasi pengaruh parti, seperti mana
dilihat menerusi keputusan pada PRU-13 lalu di DUN Bugaya.
8.
Menerusi PRU-14, rakyat atau pengundi akan melihat kepada calon-calon
parti kerajaan, kerana mereka tahu mengundi calon-calon parti
pembangkang hanya menyebabkan kawasan mereka diwakili pembangkang,
kerana secara keseluruhan Sabah masih merupakan wilayah Bn.
9. Para pengundi Semporna, belum masanya menjadi pembangkang, kerana kawasan tersebut dahagakan pembangunan dan kemajuan.
10.
Sebagai contoh, sebaik sahaja Datuk Shafie Apdal meninggalkan Bn,
berbagai kemajuan dan pembangunan dilaksanakan dan akan dilaksanakan di
kawasan itu. Pada Februari tahun ini, dua projek diluluskan kerajaan
negeri, iaitu Kompleks Sukan Semporna dan Pasar Awam Sejahtera Semporna.
Untuk keperluan beribadat, kerajaan negeri meluluskan pembinaan Masjid
Daerah Semporna.
11. Demi kesejahteraan rakyat Semporna, kerajaan negeri telah meluluskan pengwujudan Pejabat daerah Kecil Pulau Bum-Bum.
12.
Bagi tujuan merancakkan aktiviti ekonomi khususnya pelancongan, sebuah
syarikat milik kerajaan negeri akan membina sebuah hotel bertaraf lima
bintang, untuk memperancak sektor pelancongan di kawasan tersebut.
13.
Semporna kini dan masa akan datang, akan mula bangun, selepas tidur
lena lebih 22 tahun di bawa penguasaan Datuk Shafie Apdal.
14.
Di bawah kepimpin Tan Sri Musa Aman dan dibantu oleh para pemimpin
Semporna, khususnya Datuk Ramlee Marhaban, Semporna akan maju, khususnya
dalam sektor pelancongan, kerana kawasan itu kaya dengan kekayaan
semuajadi seperti laut, pulau dan khazanah laut. Pulau Sipadan yang
terpahat namanya di peta dunia, terletak di Semporna.
15.
Melihat begitu pantasnya kepimpinan negeri membangun dan memajukan
Semporna, maka diharapkan rakyat kawasan itu terus menyokong kerajaan
negeri yang ditunjangi parti Umno, bagi meneruskan rentak kemajuan dan
pembangunan di kawasan itu.
0 comments:
Post a Comment