Latest News

Saturday 23 December 2017

PRU-14: Yang Mana Lebih Mempengaruhi ? PARTI atau CALON ?


1. Tulisan kali ini, penulis menganalisa berkaitan P170 Tuaran. Parlimen Tuaran pada keadaan semasa berkedudukan panas, kerana terdapatnya ramai pengundi Tuaran khususnya masyarakat bajau-sama menyimpan dendam terhadap ahli parlimen kawasan itu- Datuk Madius Tangau.


2. Pengundi kawasan DUN Sulaman dikatakan tidak akan mengundi pemangku Presiden UPKO jika dicalonkan semula. Bagi kawasan itu, penentu kemenangan calon Bn adalah pengundi DUN Sulaman, sebabnya pengundi DUN Kiulu dan Tamparuli, kedudukan, antara penyokong Bn dan pembangkang adalah 40:60.

3. Mari kita lihat keputusan PRU-13 lalu. Pada PRU itu, di peringkat parlimen Bn mendapat undi 20,685 dan undi terdekat adalah calon PKR 15,495 sementara undi pembangkang lain berjumlah 3,773. Berasaskan First The Past post, maka calon Bn menang dengan majoriti 5,190.

4. Kalau dilihat daripada undi-undi Bn di 3 DUN, jumlah undi keseluruhan adalah 23,289, ertinya, seramai 2,604 pengundi Bn tidak mengundi calon bn di peringkat parlimen. Kalau dianalisa seterusnya, majoriti calon-calon Bn di peringkat DUN berjumlah 10,102, dan jika dibandingkan dengan majoriti di peringkat parlimen, maka Bn kehilangan undi sejumlah 4,912.

5. Mengapa undi di peringkat DUN tinggi? sebabnya majoriti pengundi di DUN Sulaman demikian juga undi yang diperolehi calon Bn cukup tinggi. Undi calon Bn bagi DUN Sulaman pada PRU-13 adalah 13,065 dan calon terdekat hanya mendapat 2,626, sebab itu majoriti adalah 10,441.

6. Pada PRU-13, satu DUN di Parlimen itu ditawan pembangkang, iaitu Tamparuli, manakala DUN Kiulu walaupun dimenangi akan tetapi tanpa undi popular.

7. Jika trend pengundi Bajau-sama beterusan pada PRU-14 yang tidak menyukai MP sekarang, maka jika beliau dicalonkan semula boleh menyebabkan Bn kehilangan satu kerusi parlimen.

8. Apapun kejadian di kawasan Tuaran, sangat bergantung kepada kelibat ADUN Sulaman Datuk Hajiji Haji Nor dan kepimpinan Tan Sri Musa Aman, bagaimana mencatur pengundi termasuk mengurus PDM di kawasan Tuaran, jika mencalonkan semula Datuk Madius Tangau. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook