Latest News

Saturday 2 December 2017

RCI Forex Bank Negara : ANTARA FAKTA DAN FANTASI


1. Mana yang dipercaya, fakta kah atau fantasi? Kalau bercerita berkaitan FAKTA, RCI Forex Bank Negara telah membuat rumusan bahawa sejumlah RM31.5bilion telah hangus daripada tahun 1990-1993 menerusi spekulasi perdagangan mata wang asing oleh pihak-pihak tertentu dalam agensi itu.


2. Kita tahu, masa itu Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir Mohammad dan Menteri Kewangan adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.

3. Masalah utama berkaitan kerugian Bank itu adalah kenyataan palsu berkenaan jumlah yang dialami agensi itu, iaitu RM5.7bilion. Kerajaan masa itu, bukan sahaja menipu barisan kabinet akan tetapi parlimen. Cuba bayangkan lebih 30 tahun, baru diketahui, bahawa pemimpin kerajaan masa itu menipu berkaitan kerugian yang dialami.

4. Lebih 20 tahun, Lim Kit Siang begitu gigih sekali mendesak agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara, malah pemimpin DAP menulis buku mengenainya.

5. Kini, selepas RCI ditubuhkan dan rumusan telah dibuat, malah Setiausaha RCI itu telah membuat laporan polis untuk menyiasat salahlaku pihak-pihak terbabit dalam menyembunyikan kerugian yang dialami.

6. Mengapa LIM KIT SIANG tiba-tiba tersipu-sipu? malah cuba memesongkan cerita, mengapa Dato Seri Najib Razak sebagai anggota kabinet tidak dapat menghidu tindakan menyembunyikan fakta? Mmengapa Kit Siang tidak merujuk kepada seluruh ahli parlimen? di mana masa itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan kerugian RM5.7bilion hanya berbentuk diatas kertas, bukan kerugian sebenar. Mengapa hanya merujuk kepada DS Najib seorang? mengapa tidak merujuk pada anggota kabinet lain? Tindakan Kit Siang itu, hanya cuba meneggakkan benang basah.

7. Fakta nyata telah didepan mata, mengapa Kit Siang masih bercakap berkaitan 1MDB? sedangkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu tidak melibatkan wang negara, kalau terlibatpun hanya berjumlah RM1juta.

8. Bayangkan jumlah kerugian bank negara sebesar RM31.5bilion pada tahun 90-an, kalau jumlah itu digunakan membina Lebuh Raya Pan Borneo, sudah tentu, Sabah dan Sarawak telah mempunyai lebuh raya, dan sudah tentu impaknya kepada kemajuan dan perekonomian dua negeri itu cukup besar.

9. Menjelang PRU-14, rakyat negara ini, perlu mempertimbangkan, mana yang perlu disokong, apa kah parti pemimpin yang jelas telah melakukan kesalahan atau parti yang dipimpin oleh pemimpin yang hanya didakwa berasaskan isu fantasi !!!. Fikir-Fikirkan Lah
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook