Latest News

Sunday 3 December 2017

SEBUAH PESANAN UNTUK PARA PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA


1. BERMULA 5 Disember, PAU sekali lagi akan diadakan di PWTC bagi tahun 2017.


2. UMNO yang merupakan tunjang kepada Barisan Nasional yang menang dengan 89 daripada jumlah 133 kerusi parlimen pada piliharaya umum ke-13 sudah menyusun gerak kerja untuk mengekalkan “Status-quo” sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat melalui sistem “First Past the Post”. 

3. Di lain pihak pembangkang yang dikepalai oleh “Democratic Action Party” (DAP) turut bergerak aktif melebarkan pengaruh mereka melalui pelbagai siri ceramah umum sebagai usaha meraih sokongan rakyat khususnya pengundi berbangsa Melayu yang sebahagian besarnya memihak kepada Barisan Nasional pada piliharaya umum dan beberapa pilihanraya kecil yang lepas.

4. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) cuba membuat kelainan bagi menghadapi pilihanraya akan datang apabila dilihat cuba berkawan dengan UMNO tetapi pada masa yang sama masih mencerca di pentas ceramah meskipun telah bercerai dengan pakatan pembangkang tetapi masih kekal dalam barisan pemerintah di Selangor dan Pulau Pinang.

5. Segelintir penganalisis politik berpendapat, langkah yang diambil oleh PAS itu bertujuan mengembalikan sokongan pengundi Melayu yang hilang pada PRU13 dan pada masa sama tidak mahu keciciran undi bukan Melayu sedia ada.

6. Sesetengah sarjana Sains Politik berpendapat “Feel Good Factors” hasil kejayaan atlet negara merangkul juara keseluruhan dalam suka Asia Tenggara 2017 (SEA GAMES 2017) dan jangkaan beberapa insentif baik untuk rakyat melalui bajet 2018 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober lalu akan memungkinkan pilhanraya umum ke-14 dijalankan pada bulan Mac 2018. 

7. Apapun firasat dan tekaan yang cuba dibuat oleh penganalisis politik tanahair, hakikatnya hanya Najib Razak sahaja yang lebih mengetahui waktu yang sesuai bagi membubarkan parlimen.

8. Pada pilihanraya umum yang ke-13, Barisan Nasional tidak boleh menidakkan bahawa mereka bukan sahaja telah dilanda tsunami pengundi Cina tetapi turut mengalami sindrom penolakan pengundi bandar.

9. Dakwaan ini berasas apabila pembangkang telah menguasai 12 daripada 14 kerusi Parlimen ibu negeri kecuali di Johor Bharu dan Kangar. Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 khususnya melibatkan negeri Selangor, pembangkang telah menguasai sebahagian besar parlimen-parlimen yang diklasifikasikan sebagai bandar dan pinggir bandar seperti Petaling Jaya, Serdang, Ampang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.

10. Banyak pihak berpendapat, serangan isu nasional melalui media sosial antara faktor penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di kawasan bandar berikutan tindakan mengurus persepsi masyarakat bandar kurang berkesan dilakukan oleh jentera parti ketika itu. 

11. Namun, terdapat juga beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada beberapa kekalahan calon Barisan Nasional di kawasan bandar termasuklah masalah dalaman parti serta beberapa lagi.

12. Justeru, inilah antara cabaran besar yang perlu dilalui oleh UMNO Barisan Nasional dalam usaha mengekalkan “Status-quo” mereka sebagai sebuah kerajaan yang memerintah selain daripada menampilkan calon yang benar-benar sesuai dan boleh menang.

13. PRU14 dilihat waktu yang sangat sesuai untuk Perdana Menteri mengubah dimensi kepimpinan lama kepada yang lebih segar dan bernafas baru bersesuaian dengan kehendak semasa. 

14. Najib Razak perlu menterjemahkan sebaik mungkin transformasi politik seperti cadangan beliau sebelum ini bukan sahaja semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bandar serta pengaruh golongan muda, tetapi sebagai langkah “Survival” UMNO Barisan Nasional bagi jangka masa yang lebih panjang.

15. Selain memberi penekanan kepada calon boleh menang “Winnable Candidates” serta menjadi pilihan majoriti rakyat “Likeable”, aspek umur, pendidikan sert

a pengalaman dalam mentadbir dan mengurus juga perlulah diberi keutamaan sebagai pra-syarat menjadi calon samada di peringkat DUN mahupun Parlimen.


16. Wakil rakyat BN juga perlulah berketerampilan apabila berdebat di dalam dewan rakyat, fasih dan bijaksana bila berhadapan dengan pihak media,'Knowledgeable” apabila berurusan dengan pegawai kerajaan serta memiliki kemampuan menjadi pemudah cara untuk menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat. 

17. Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan media baru, bakal wakil rakyat perlulah menguasai media-media baru bukannya mengharapkan admin yang dibayar gaji. 

18. Justeru, Perdana Menteri perlu tampil dengan lebih berani untuk melakukan perubahan besar dalam UMNO Barisan Nasional sebagai usaha merintis kepimpinan dimensi baru dalam menghadapi cabaran di masa yang akan datang. 

19. Meremaja dan merakyatkan kerajaan UMNO Barisan Nasional supaya terus diterima oleh masyarakat berbilang kaum, budaya dan sosial sudah pasti menuntut kepimpinan parti khususnya Najib Razak melakukan “Trasformasi Politik Pilihanraya Umum ke-14” dan ianya perlu disokong oleh semua pihak khususnya ahli parti di peringkat akar umbi. 

20. Gunakan ruang PAU2017 ini untuk menyatakan sokongan kepada presiden buat perubahan besar untuk UMNO. Kepada para perwakilan, gunakan PAU mengusulkan cadangan-cadangan bernas agar DS Najib Razak dapat membentuk pasukan yang kuat untuk berdepan dengan peperangan besar.

21. Kepada perwakilan Sabah, timbalah semaksima mungkin maklumat untuk di bawa pulang, bagi berdepan dengan isu-isu yang diputar belitkan pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook