Latest News

Wednesday 20 December 2017

Shafie Apdal Cuba Mengubah Sejarah



1. HANYA kerana politik, Presiden parti Warisan Sabah Datuk Shafie Apdal bukan sahaja mahu mengubah sejarah akan tetapi berbohong.

2. Cuba bayangkan, MP Semporna itu mendakwa bahawa pendapatan Sabah pada tahun 1978 lebih RM4bilion,atas dasar itu beliau memperlekehkan bajet Sabah tahun 2018 yang berjumlah RM4.104bilion, kononnya bajet itu tiada yang perlu dibanggakan.

3. Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Timbalan Biro Penerangan Umno merangkap ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban, merasa pelik, apa sebenarnya tujuan MP Semporna itu. Mengapa beliau sanggup mengubah sejarah? Kalaupun beliau tiada masa meneliti rekod kewangan negeri, jangan lah cuba berbohong kepada rakyat.

4. Seorang pemimpin politik seperti Shafie yang mengaku sebagai pemimpin Sabah for Sabahan, janganlah menjadikan cerita bohong sebagai cara untuk mendapat sokongan. Rakyat sendiri perlu menilai, apa kah integriti Presiden parti Warisan Sabah tersebut.

5. Tidak sedarkan mantan Naib Presiden Umno itu, bahawa rekod kewangan negeri sentiasa disimpan di arkib kewangan negeri? Dan sesiapapun boleh menyimak rekod itu.

6. Berasaskan rekod kewangan negeri, pada tahun 1978 jumlah pendapatan sebenar negeri tidak termasuk geran dan bayaran balik Persekutuan berjumlah RM479,027,790 apabila ditambah dengan geran dan bayaran balik Persekutuan berjumlah RM45,790,248 menjadikan jumlah pendapatan negeri berjumlah RM524,818,038.

7. Apa yang pelik lagi, Pendapatan Persekutuan pada tahun 1981 hanya sedikit di atas RM6bilion, bagai mana pula Sabah mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding Persekutuan?

8. Sebenarnya status pendapatan Sabah sejak diterajui parti Barisan Nasional telah meningkat 10 kali ganda, sebagai misalan pada tahun 2001 berjumlah RM1.24bilion, tahun 2003 RM1.56bilion, tahun 2008 RM2.33bilion, tahun 2008 RM3.69bilion, tahun 2012 RM4.088bilion, tahun 2014 RM4.58bilion.

9. Menurut Ramlee, sejak 4 tahun terakhir bajet Sabah sentiasa di atas RM4bilion, dan sebagai tambahan sejak 16 tahun lalu, bajet Sabah sentiasa surplus.

10. Rekod kewangan adalah rekod yang sentiasa terpelihara, sebabnya bukan sahaja perbedaharan negeri yang menyimpannya akan tetapi Ketua Audit Negarapun menyimpannya. Tiada sesiapa yang boleh mengubah rekod kewangan, dan rekod itu sentiasa kekal seperti itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook