Latest News

Thursday 14 December 2017

Siapa Kata Kos Sara Hidup Turun Jika Tukar Kerajaan?


1. KECUALI kerajaan menggunapakai SISTEM EKONOMI MONOPOLI, jika masih menggunakan SISTEM EKONOMI TERBUKA ATAU BEBAS, iaitu harga ditentukan oleh PERMINTAAN DAN PENAWARAN, maka dalam sistem itu, tiada kerajaan yang boleh menurunkan sara hidup. 


2. Di Malaysia, memang terdapat banyak barangan keperluan harian dikawal oleh kerajaan, namun apabila barangan itu sampai ke restoran-restoran, peniaga menggunakan berbagai helah untuk menambah harga dengan berbagai alasan, antaranya harga minyak, gst atau penurunan nilai ringgit terhadap dollar Amerika.

3. Sebenarnya di negara ini, kenaikan harga barang seperti ikan, sayur, cili, kerana peruncit tahu, pengguna mempunyai wang untuk membelinya. Dalam sistem ekonomi terbuka, harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Secara automatik, jika penawaran lebih tinggi daripada permintaan, maka harga akan turun, demikian juga jika permintaan tinggi, maka harga akan naik, atau keadaan dimana antara penawaran dan permintaan seimbang, akan tetapi pengguna mempunyai daya beli yang kuat, maka pergeseran harga ke atas atau naik, masih juga berlaku urusniaga, keadaan inilah yang menyebabkan, sara hidup kelihatan tinggi.

4. Dalam sistem ekonomi terbuka, semua pihak atau rantaian perniagaan mahukan pendapatan tinggi, umpamanya nelayan, petani, penoreh, kedai runcit, perai dan sebagainya. Oleh kerana semua pihak menambah pendapatan menerusi keuntungan, maka pengguna akhir terpaksa membayar lebih tinggi. Oleh kerana terpaksa membayar lebih tinggi, (jika dibandingkan 5/10 tahun lalu), maka dikatakan sara hidup telah meningkat. Namun, mereka tidak mengatakan, bahawa pendapatan pengguna juga meningkat.

5. Adalah ciri-ciri ekonomi negara maju, bahawa terdapatnya trend kenaikan harga, sebabnya, rakyat mempunyai pendapatan. 

6. Dakwaan pembangkang, kononnya menerusi pengantian kerajaan, maka sara hidup mereka dapat turunkan, hanya dakyah politik, kerana selagi, negara mengamalkan pasaran bebas, dan negara menuju kemajuan disertai perkembangan ekonomi, maka trend kenaikan harga merupakan faktor pelengkap kepada kemajuan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook