Latest News

Sunday 31 December 2017

Tahun 2018-Sabah Akan Terus Laksana Projek Pembangunan Utama- Musa


1. Tahun 2018, menandakan genapnya 10 Tahun pelaksanaan Koridor pembangunan Sabah. Hasil daripada pembangunan koridor itu tergambar menerusi sektor pelancongan dan logistik, minyak sawit serta minyak dan gas telah mewujudkan sumber baharu pertumbuhan.


2. Dalam perutusan Tahun Baharu, Tan Sri Musa menyatakan bahawa pada tahun 2018, kerajaan negeri akan terus melaksanakan projek pembangunan utama, seperti Lebuhraya Pan Borneo, pengeluaran hak milik tanah adat dan memastikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) mencapai matlamat yang ditetapkan.

3. Untuk memastikan rakyat yang tidak berumah, tahun 2018 juga akan memastikan visi kerajaan negeri untuk melihat pembinaan perumahan berkualiti dan mampu milik buat rakyat Sabah. Untuk mencapai visi itu, maka kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, selain itu kerjasama dengan kerajaan Pusat juga akan terus diperkasa bagi memastikan pendidikan dan penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan.

4. Demi negeri dan rakyatnya, beliau menyeru setiap rakyat supaya membuka minda dan berfikiran rasional, dan sesekali terpedaya dengan dakyah sempit yang di bawa pembangkang, kerana ianya hanya merugikan rakyat dan negeri.

5. Rakyat Sabah kena teguh pendirian di bawah Kerajaan Barisan Nasional, kerana gabungan 13 parti itu mempunyai visi yang jelas, iaitu membangun negeri dan rakyatnya.

6. Selama lebih setengah abad, Kerajaan Barisan Nasional memerintah negara. Visi dan misi adalah jelas, dan semua itu dapat didokumentasikan dan direkodkan.

7. Kerajaan Bn tidak membuat janji retorik, sebaliknya apa yang dikata, tetap dikotakan, apa yang dijanjikan akan ditunaikan.

8. Semoga Tahun 2018, akan lebih baik, dan kebetulan PRU-14 akan diadakan. Bn akan meminta mandat sekali lagi daripada rakyat dengan membawa bersama rekod dan kepimpinan yang telah teruji.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook