Latest News

Saturday 30 December 2017

TINJAUAN KEPUTUSAN PRU 1999-2013 NEGARA


1. Pada PRU 1999, selepas krisis kewangan serantau, dan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim, serta era reformasi, Bn menang 148 kerusi parlimen berbanding pembangkang 45. Jumlah kerusi Bn itu mewakili 76.7% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.


2. PRU 2004, selepas pesaraan Tun Dr Mahathir, yang bersara pada Oktober 2003, Bn menang 198 kerusi parlimen berbanding pembangkang 21. Jumlah kerusi yang diperolehi Bn tersebut merupakan 90.41% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

3. Apa yang boleh dilihat daripada keputusan PRU 2004 tersebut? jawapannya, bagai mana rakyat bersuka ria menyambut keputusan Tun Dr Mahathir untuk bersara.

4. Keputusan rakyat menerusi PRU 2004, telah mencuit hati mantan Perdana Menteri terlama negara itu, sehinggakan beliau mula mengeritik kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi. 

5. Mantan Perdana Menteri berusaha kembali dalam arena politik, termasuk bertanding perwakilan 7 (G7) bagi Bahagian Kubang Pasu yang pernah beliau ketuai berdekad lamanya, namun usaha itu digagalkan oleh perwakilan bahagian itu.

6. Mantan Perdana ke-4 negara itu, menjadikan Jambatan Bengkok yang dibatalkan oleh Abdullah untuk mengeritik pentadbiran Abdullah, malah beliau berkempen, supaya negara mempunyai barisan pembangkang yang kuat, sebagai periksa dan imbang, agar kerajaan tidak bertindak sesuka hati.

7. Sebagai impak kepada tindakan mantan Perdana Menteri ke-4 itu, maka pada PRU 2008, rakyat terpengaruh pada kempen, supaya negara mempunyai barisan pembangkang yang kuat, sebab itu sebahagian rakyat menyokong parti pembangkang. Keputusan PRU tersebut, Bn mendapat 140 kerusi dan untuk pertama kalinya komponen 13 parti itu kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Jumlah kerusi yang diperolehi Bn itu mewakili 63.06% daripada kerusi yang dipertandingkan.

8. Ada yang melihat, bahawa kemerosotan jumlah kerusi yang diperolehi Bn kerana kempen mantan Perdana Menteri itu terhadap kepimpinan Abdullah, namun selepas beliau besara pada April 2009, dan digantikan oleh Dato Seri Najib Razak, mantan Perdana Menteri ke-4 itu menyokong semula Umno dan Bn. 

9. Pada PRU-13, Tun Dr Mahathir bukan sahaja menyokong Umno/Bn dan DS Najib Razak, malah beliau turut berkempen, termasuk berkempen di Parlimen Gelang Patah, di mana Lim Kit Siang bertanding melawan mantan MB Johor- Tan Sri Abdul Ghani Othman. 

10. Semua kita tahu, bahawa keputusan PRU-13, meskipun Umno secara “single party” menambah jumlah kerusi kepada 88 berbanding PRU 2004 79, akan tetapi secara keseluruhan Bn kehilangan 7 kerusi parlimen, apabila hanya menang 133 daripada 222 yang dipertandingkan.

11. Jika andaian, bahawa kemerosotan kerusi parlimen pada tahun 2008, kerana Tun Dr Mahathir tidak sehaluan dengan kepimpinan negara, terjawab dengan sendirinya pada PRU-13, bahawa kemerosotan itu sebenarnya bukan kerana faktor MAHATHIR.

12. Faktor yang menyebabkan kemerosotan kerusi Bn kerana perubahan senario politik negara, di mana pengundi atas pagar, telah terpengaruh dengan presepsi/gossip yang diwar-warkan oleh pembangkang, khususnya melalui media alternatif.

13. Penyebaran berita palsu dan fitnah serta putar belit maklumat, telah mempengaruhi pengundi yang berpaksi kepada media alternatif berbanding media arus perdana.

14. Selain itu, kemerosotan jumlah kerusi Bn, kerana pada PRU 2008 sehinggalah PRU-13 kurang memberi tumpuan kepada media alternatif, dan ditambah dengan kurang tangkas menjawab isu-isu yang ditularkan.

15. Kini, Bn bukan sahaja bertindak melawan di lapangan, malah termasuk di media alternatif, sehinggakan mengwujudkan satu portal yang diberi tajuk www.sebenarnya.my . Menerusi portal ini, rakyat boleh mengetahui maklumat yang tersebar di media alternatif, apa kah palsu atau fakta.

16. Tidak diketahui, bagaimana maklum balas rakyat khususnya pengundi, terhadap parti-parti yang bakal bertanding pada PRU-14, khususnya kepada Bn sendiri. Namun secara seimbas, memang pertarungan di media sosial, semasa lebih “edge” kepada Bn, berbanding masa-masa 2008-2013. Fakta itu dibuktikan, apabila setiap pemimpin Bn boleh dikatakan sungguh aktif di media sosial, termasuk menjawab segara isu-isu yang ditularkan di media sosial.


17. Menjelang PRU-14, Bn membawa bersamanya 133 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU-13 lalu. Selain itu Bn membawa juga bersamanya KRIS 2314, iaitu untuk mendapatkan semula kuasa 2/3 di Dewan Rakyat pada PRU-14.

18. Sementara di Sabah, pengamatan rambang menunjukkan, bahawa Sabah TATAP simpanan BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook