Latest News

Saturday, 30 December 2017

WAJARKAH TARIKH PRU14 DIUMUMKAN TERGESA-GESA SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH MP POKOK SENA-MAHFUZ OMAR ?


1. Saranan MP Pokok Sena- Mahfuz Omar, supaya DS Najib Razak menetapkan tarikh PRU-14, supaya rakyat atau pengundi dapat mempersiapkan diri menghadapi PRU itu.


2. Apa kah saranan itu mempunyai merit untuk diambil peduli? 

3. Negara ini, bukan sekali berdepan PRU. PRU-14 adalah yang ke-14, walaupun ada pengundi menghadapinya untuk kali pertama.

4. Sebenarnya pengundi tidakpun perlu membuat persediaan apa-apa menghadapi PRU, kerana komitmen pengundi hanya keluar mengundi, dan selepas itu tiada sebarang tuntutan lain.

5. Pengundi khususnya yang tidak terlibat dengan aktiviti kempen, hanya memerlukan masa antara 1-2 jam daripada mana-mana tempat untuk pergi ke pusat mengundi untuk membuang undi. Pengundi tidak terlibatpun, menjaga kontak undi, tidak terlibat mengira undi. 

6. Tugas pengundi hanya keluar mengundi pada tarikh dan masa yang ditentukan. Ertinya, tiada sebarang keperluan persedian atau persiapan yang diperlukan, kerana kertas undi, pen untuk mengundi, tempat mengundi sudah disediakan oleh SPR, termasuk kawalan berkaitan kotak undi, kawalan keselamatan pembuangan undi.

7. Selain, tidak timbul juga “double vote” kerana SPR telah menggunapakai dakwat kekal, ertinya kebarangkailan seorang pengundi datang mengundi bagi pihak lain adalah sifar.

8. Setiap pengundi perlu mempunyai nama pada daftar undi, jika nama tidak terdapat pada daftar undi, maka mustahil individu tertentu boleh mengundi. 

9. Juga SPR mempunyai modus operandi yang jelas, jumlah pengundi dalam daftar, dibandingkan dengan kertas undi yang dikeluarkan dan seterusnya dibandingkan dengan kertas undi yang dipulangkan atau yang dimasukkan dalam kotak undi.

10. Pada proses pengiraan undi, setiap wakil calon menyaksi secara langsung pengiraan undi sebaik sahaja pusat pengundian ditutup. Jika pusat pengundian ditutup pukul 5, maka pengiraan bermula daripada pukul 5.01 sehingga selesai. Oleh kerana pengiraan undi “on time”, maka jika ada tuduhan ada “double voting” maka akan terlihat pada kertas undi dikeluarkan dan kertas undi dipulangkan. Dalam sejarah pengiraan undi di negara ini, tidak pernah berlaku, bahawa jumlah undi dipulangkan melebihi kertas undi dikeluarkan. Bermakna, dakwaan pembangkang, kononnya, berlaku penipuan undi, adalah karut, kerana tiada petunjuk ke arah itu. Jika demikian, apa maksud Presiden PPBM- Tan Sri Muhiyiddin Yassin meminta pemantau daripada negara-negara luar untuk memantau PRU-14??? 

11. Sebenarnya gesaan MP Pagoh itu, hanya gimik politik, seolah-olah proses pengundian di negara ini tidak telus.

12. Oleh kerana sistem pilihan raya negara ini sudah ke depan, penetapan tarikh pilihan raya tidak perlu, kerana rakyat sudah boleh meneka, akan bila PRU-14 akan diadakan, dan PRU itu akan pasti diadakan sebelum Jun 2018, kerana sejarah pilihan raya negara tidak pernah melampui masa 5 tahun.

13. Jika PRU-13 diadakan pada Mac, besar kemungkian PRU-14 juga pada Mac, jangan-jangan sebelum cuti Sekolah bermula, iaitu pada 11 Mac. Angka 11 merupakan kegemaran Perdana Menteri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook