Latest News

Wednesday 31 January 2018

ANTARA PEMIMPIN KATAK DAN KHIANAT


GELARAN bagi wakil rakyat bertukar parti atau melompat parti adalah KATAK, tetapi sebenarnya, wakil rakyat seumpama itu, membawa bersamanya tag yang paling tepat, iaitu pemimpin KHIANAT. 


Bagai mana boleh percaya pada pemimpin seumpama itu? Sedangkan beribu rakyat memberi dia amanah, akan tetapi dengan perasaan tidak bersalahpun, sesuka hati bertukar parti.

Pemimpin politik Sabah yang termasuk dalam kategori itu pada masa ini, adalah Presiden parti Warisan Sabah, Datuk Shafie Apdal, Timbalan beliau, Darell Leiking, Naib-Naib Presiden, Datuk Jaujan Sambakong dan Junz Wong, Bendahari, Terence Siambun. Pendek kata, parti Warisan Sabah adalah parti yang dipimpin oleh pemimpin khianat, yakni mengkhianati rakyat yang mengundi mereka.

Mungkin secara kebetulan, bahawa parti itu dipimpin kumpulan pemimpin khianat, maka Presiden dan salah seorang Naib Presiden disiasat SPRM kerana skandal penyelewengan dana awam yang melibatkan RM1.5bilion.

Rakyat Sabah perlu melihat betul kedaaan parti yang dipimpin oleh kumpulan khianat atau Bahasa mudahnya penipu. Jika bibit-bibit menipu sudah berada dalam jiwa, maka selamanya akan menjadi penipu.

Sifat-sifat pemimpin penipu, selain riak, sombong, termasuk juga menghina.

Datuk Shafie Apdal menghina pasukan Sukarelawan (RELA), ibu bapa di mana anak-anak mereka mendapat bantuan CSR daripada syarikat-syarikat, malah menghina pula bantuan parti Umno kepada kumpulan sasar yang kurang bernasib baik.

Kini, mula terdedah, pakatan sulit antara Shafie dan Tun Dr Mahathir. Tindak Shafie cuba menipu rakyat dengan berdegar-degar tidak mahu berkerjasama dengan parti yang didaftarkan di Semenanjung, kerana mahu mengikuti cara Sarawak. Namun, tindakan Shafie itu, seperti ayam terlepas, akan tetapi tangan bergelomang dengan tahi.

Sandiwara yang dimainkan Shafie, seolah-olah Pakatan Harapan (PH) yang beria-ia sangat bekerjasama dengan parti beliau, sedangkan pada zahirnya bukanlah demikian, kerana Tun Mahathir sudah menyatakan bahawa PPBM tidak mengembangkan sayap ke Sabah, kerana telah diwakili parti tempatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook