Latest News

Friday 5 January 2018

ANWAR BUKAN LAGI FIGURA PAKATAN HARAPAN


1. Penulis yakin Datuk Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar sedar, bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim bukan lagi figura pembangkang.


2. Para pemimpin dalam Pakatan Harapan, khususnya daripada DAP, PPBM dan Amanah, memberi alasan mudah, bahawa Anwar tidak lagi boleh menjadi sandaran pakatan 4 parti itu, selain beliau masih dalam penjara, juga kehilangan kelayakan selama 5 tahun selepas dibebaskan, kecuali mendapat pengampunan daripada SPBA.

3. Argumentasi lain, pada PRU-14, Anwar tiada peluang untuk menjelajah berkempen untuk memastikan kemenangan calon-calon pakatan 4 parti itu, kerana masih dipenjarakan, kerana kesalahan jenayah liwat.

4. Kehadiran Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan, telah menukar hala tuju perjuangan parti pembangkang, walapun sehingga PRU-13, tiada lagi manusia yang boleh dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika pembangkang menawan Putrajaya, melainkan Anwar.

5. Kini, parti PKR kena akur, bahawa kewujudan parti itu semata-mata untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri, selain bertujuan menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir semasa awal penubuhannya, terpaksa dilupakan, sebaliknya, kena akur dengan rancangan pemimpin DAP, Amanah dan PPBM untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 negara.

6. Para simptasian REFORMASI, terpaksa menelan ludah, terpaksa menelan kahak yang pernah mereka limparkan kepada mantan Perdana Menteri ke-4 negara itu, kerana sememangnya, beliaulah akan menjadi Perdana Menteri, jika Pakatan Harapan menang cukup kerusi bagi menawan Putrajaya.

7. Pakatan Harapan yang berbekalkan 88+1 kerusi parlimen dalam menghadapi PRU-14, selain perlu mempertahankan jumlah kerusi itu, maka 4 parti itu perlu menambah minima 23 kerusi, bagi mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

8. Daripada 89 kerusi Parlimen yang dimiliki pembangkang, 9 kerusi daripada Sabah (3) dan Sarawak (6).

9. Pakatan Harapan perlu menang, sekurang-kurangnya 20 kerusi parlimen daripada Sabah Sarawak (11+9), manakala di Semenanjung, sebanyak 12, bagi memenuhi syarat mendapat 112 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

10. Di atas kertas, belum terbayangkan bagai mana pakatan 4 parti itu boleh menambah 12 kerusi di Semenanjung atau menambah 11 kerusi daripada Sabah dan Sarawak, selain itu, tiada kepastian pakatan 4 parti itu boleh mempertahankan 80 kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU-13 lalu DI Semenanjung, kerana senario sudah berbeza.

11. Pada PRU-13, kemenangan Pakatan Rakyat (kini sudah dibubarkan), kerana sumbangan besar penyokong parti PAS, bukan sahaja yang ditandangi PKR akan tetapi juga DAP.

12. Pakatan Harapan, tidak akan dapat bersandar kepada parti Amanah (serpihan Pas) dan PPBM (serpihan Umno) untuk mendapatkan undi yang cukup, kerana terbukti menerusi PRK berkembar Kuala Kangsar dan Sungai Besar, terbukti calon-calon pakatan itu kalah begitu teruk sekali, selain itu PRK Teluk Intan yang diadakan sebelum itu, Parlimen Teluk Intan berjaya dirampas oleh calon Bn.

13. Adalah diramalkan, pada PRU-14, Pakatan Harapan akan banyak kehilangan undi, bukan sahaja kerana protes simpatisan reformasi, akan tetapi kerana kehadiran Pas yang bertanding secara bersendirian bersama parti kecil pimpinan mantan pemimpin Umno. Pas sudah awal-awal telah menyatakan akan bertanding 130 kerusi parlimen, makna kata, akan berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan-kawasan itu.

14. Menurut rekod pilihan raya negara, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, lebih menguntungkan Bn.

15. Berdepan dengan PRU-14, parti-parti yang berpakat dalam Pakatan Harapan, mempunyai masalah dalaman yang kronik, khususnya parti PPBM, kerana ramai penyokong parti itu bukan sahaja mahu mendesak Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, akan tetapi mereka mendakwa bahawa parti itu,

tiada hala tuju yang jelas, melainkan hanya mahu mencapai matlamat peribadi.


16. PRU-14, pengundi negara mempunyai dua pilihan, memilih Bn yang membawa bersama rekod dan kepimpinan yang teruji, atau parti yang masih kucar kacir. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook