Latest News

Wednesday 17 January 2018

APA MAKSUD TERSIRAT SHAFIE HINA ANGGOTA SUKARELAWAN (RELA)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO PUTAR BELIT ISU RELA... Oleh FB Page Change (screenshot)
(ii) RELA di perbatasan... Oleh FB Page Change (screenshot) (screenshot)


Presiden parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal, mengatakan RELA hanya TAHU menjaga trafik di majlis-majlis kenduri, RELA tidak tahu menggunakan senapang, tidak tahu menembak, tidak tahu menggunakan bom, mengapa dijadikan sebagai anggota barisan ke-2 di Esszone?


Kenyataan beliau itu, sebenarnya, memperlekeh tindakan kerajaan menggunapakai RELA bagi tujuan membantu menjaga keselamatan. Juga, tuduhan itu, membawa makna, anggota RELA hanya boleh menjadi mangsa penculikan, kerana tidak tahu berkaitan keselamatan, kerana tidak tahu menembak, tidak tahu menggunakan senapang dan tidak tahu menggunakan bom.

Kenyataan Shafie itu, seolah-olah kawasan ESSZONE adalah kawasan perang, sedangkan kawasan itu, hanya merupakan kawasan pintu masuk pendatang tanpa izin (PATI), selain penculik rentas sempadan. Penculik rentas sempadan bukan mahu berperangpun, mereka itu semaksima mungkin, tidak mahu berlaku kontak senjata, kerana tujuan mereka mahu menculik manusia hidup-hidup sebagai tebusan untuk tujuan wang.

RELA ditugaskan sebagai MATA DAN TELINGA pasukan keselamatan BARISAN HADAPAN, kerana telah dikenal pasti, kebocoran keselamatan di kawasan itu, sehinggakan ada PATI atau penculik Berjaya masuk, meskipun kawlan ketat dilaksanakan di laut, namun pemberi maklumat daripada kalangan penduduk sendiri berkaitan kelompangan di kawasan-kawasan tertentu. 

Anggota RELA, lebih efektif dalam soal-soal perisikan begini, kerana mereka sebahagian daripada anggota masyarakat di kawasan tertentu. Majlis keselamatan negara dengan pakar-pakar keselamatan dan perisik, menyimpulkan, peranan sukarelawan, merupakan satu kaedah untuk membantu pasukan keselamatan, dalam mengatasi keselamatan, di Pantai Timur Sabah.

Perlu diakui, dalam operasi bersepadu pihak berkuasa, khususnya berkaitan PATI, kehadiran RELA digeruni, kerana mereka ini, boleh mengenalpasti PATI dengan jelas dan cepat, selain itu, mereka ini sukar berkompromi, tugas adalah tugas. Semangat sukarela, adalah satu semangat luar biasa, Shafie perlu akui itu. Jangan menghina semangat rakyat menjadi anggota SUKARELAWAN!!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook