Latest News

Sunday 28 January 2018

BERCELARUNYA PEMBANGKANG SABAH


RAKYAT Sabah kena mengambil iktibar bagaimana bercelarunya pembangkang Sabah. Pemimpin yang satu kata begini, pemimpin yang satu kata begitu, belum lagi termasuk menafikan antara satu sama lain.


Bagai mana para pemimpin pembangkang ini memberi kepimpinan alternative kepada pemimpin Bn Sabah?

Rakyat Sabah yang terpengaruh pada awalnya kepada parti pembangkang, kena berfikir secara matang dan bermuhasabah, kerana sokongan mereka kepada parti pembangkang hanya membawa mereka ke alam fantasi.

Rakyat Sabah kena mengimbas kembali bagai mana Presiden parti Warisan Sabah beria-ia sangat membawa misi UBAH dan SABAH for SABAHAN, tetapi pada hakikatnya semua itu hanya sandiwara, kerana parti itu berpakat secara rahsia pada awalnya dengan part-parti dalam Pakatan Harapan, khususnya parti pimpinan Tun Dr Mahathir.

Kini, telah terdedah akhirnya, perengkokolan Shafie dengan Tun Dr Mahathir, apabila pakatan parti-parti dalam PH, menjadikan parti Warisan ‘the leading partner” di Sabah.

Kenyataan Timbalan Presiden parti itu- Darell Leiking yang seolah-olah mempersoalkan formula kolaborasi antara PH dan parti beliau, sebenarnya hanya sandiwara, sebagai gimik menangkis pendekatan parti itu sebelum ini.

Kononnya, parti Shafie akan bergerak solo pada PRU-14, dan tidak akan berpakat dengan parti-parti daripada Semenanjung, kerana misi parti itu, adalah mengikuti cara kerajaan Sarawak memerintah.

Kini, terlah terbongkar, bahawa misi Shafie itui hanya bersifat gimik untuk mengaburi mata rakyat Sabah.

Rakyat Sabah perlu melihat bagai mana bercelarunya para pemimpin pembangkang, kerana pendirian bagaikan Lalang, ikut arah angina bertiup. Bagai mana kah rakyat bersandar pada para pemimpin seumpama ini?

Hakikatnya, rakyat perlu melihat kepada kepimpinan Bn yang berkerja sentiasa sepasukan, saling sepakat antara satu sama lain, seperti kata peribahasa muafakat itu membawa berkat.

Sifat muafakat antara pemimpin Bn, walaupun berlatar belakang berbagai parti dan agama, telah membawa kemajuan dan keamanan kepada negeri dan negara. Cuba bayangkan, jika negeri atau negara diperintah oleh para pemimpin yang bercelaru, tiada kesepakatan, jawapannya negeri atau negara termasuk rakyatnya akan kucar kacir, kerana mereka itu ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri tidak mampu berbuat demikian.

Kepada rakyat Sabah, memilih parti pembangkang, sama dengan tikus membaiki labu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook