Latest News

Monday 1 January 2018

BETUL KAH ADA PROJEK IC?


1. Kalau betul ada projek IC, mengapa RCI PATI Sabah yang diumumkan pada Disember 2014 tidak menyatakan secara speksifik terdapatnya projek seumpama itu? 


2. Menerusi laporan RCI itu apa yang berlaku, ada pihak-pihak tertentu menyalah gunakan borang kuning jabatan pendaftaran negara yang disahkan oleh ketua kampung atau ketua daerah pada satu-satu kawasan, kononnya rakyat asing yang menetap di Sabah sebagai rakyat Sabah, dan menerusi pengesahan itu, maka mereka itu didaftarkan sebagai DAFTAR LEWAT, dan seterusnya surat beranak daftar lewat itu digunakan untuk memohon KAD PENGENALAN BIRU.

3. Menerusi Laporan RCI PATI Sabah, mereka yang terkatgori demikian (tiada family tree) dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu dikeluarkan daripada sistem JPN, makanya, setiap Kad pengenalan itu, tidak diperakui lagi sebagai SAH.

4. Memang menjadi isu politik, kononnya terdapat projek IC, bagi ‘MENCIPTA’ rakyat baru, bagi “menambah” undi khususnya pengundi Islam, namun DAKWAAN itu TIDAK pernah terbukti MENERUSI pilihan raya Sabah.

5. Pada PRN 1990, parti PBS menang, demikian juga tahun 1994, parti itu juga yang menang. Pada tahun 1999, Bn menang kerana berpecahnya PBS, bukan kerana faktor pengundi yang bertambah.

6. PRU 2004, 2008 dan 2013, Bn menang kerana telah bersatu bumiputera islam dan bukan, bukannya kerana faktor pertambahan pengundi.

7. Setakat ini, tiada justifikasi bahawa terdapatnya pertambahan undi, maka menyebabkan calon-calon Bn menang. Bagi kawasan-kawasan bumiputera islam, di mana Bn menang, kerana telah bersatunya semua pengundi mengundi Bn, kerana telah menjadi penyokong BN, apabila parti-parti menjadi komponen Bn.

8. Apabila pengundi berpecah, terlihat menerusi PRU-13, 12 kawasan DUN ditawan pembangkang, makna kata, tiada JUSTIFIKASI bahawa terdapatnya projek IC untuk memenangkan calon-calon Bn. Jika dakwaan ada PROJEK IC untuk memenangkan calon-calon Bn, sudah pasti, calon-calon Bn sentiasa menang, malah Bn sejak PRN 1990 telah menewaskan PBS.

9. Pendek kata, memang TIADA PROJEK IC, apa yang ada, ada pihak mengambil peluang demi wang, menyalahgunakan borang kuning JPN yang disahkan oleh Ketua Kampung atau Ketua Daerah, selain itu terdapat sindiket “pemalsuan” Kad Pengenalan sebagai PERNIAGAAN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook