Latest News

Wednesday 10 January 2018

DALAM PILIHAN RAYA-TIADA ISTILAH “FRIENDLY CONTEST”


1. AGAK pelik pendekatan PEMUDA UMNO Semporna, seperti tersiar dalam akhbar Harian Express pada 9 Januari, bahawa pemuda bahagian itu, TIDAK mahu membidas pemimpin pembangkang, sebaliknya MAHU menunjukkan, kerja-kerja dan tindakan baik-baik parti. Kononnya cara itu, akan dapat menarik pengundi atas pagar daripada generasi muda.

2. Benar kah demikian? Masih terdapat kah pengundi atas pagar? mungkin, yang dianggap pengundi atas pagar itu, adalah golongan muda yang tidak menyertai mana-mana parti. Namun menurut kajian penulis secara rambang, setiap 10 pemuda di Sabah yang telah mendafar sebagai pengundi, walaupun bukan ahli mana-mana parti, akan tetapi telah mempunyai pilihan, parti mana yang akan diundi.

3. Mereka ini, sebenarnya tidak terpengaruh oleh mana-mana parti, akan tetapi lebih kepada isu-isu semasa, seperti kenaikan harga barang, susahnya dapat pekerjaan, malah terpengaruh dengan dakyah pembangkang seperti janji-janji retorik dan bulan bintang.

4. Jika pendekatan parti Umno/Bn, tidak mahu membidas dakyah-dakyah pembangkang ini, apa kah kaedahnya untuk menggamit sokongan mereka yang terpedaya dengan janji-janji itu? Sebagai misalan, janji pembangkang, jika menang maka mansuhkan GST, apa kah kaedah yang boleh dilakukan? jika tidak membidas idea pembangkang itu!!!.

5. Janji pembangkang menaikkan gaji minima kepada dua kali ganda, apa kah keadah yang digunakan untuk menunjukkan kerja-kerja baik, bagi menangkis janji itu? Demikian juga, janji pembangkang mengurangkan kakitangan kerajaan secara berperingkat, apa kah kaedahnya, boleh dilakukan pemuda? kerja atau tindakan yang baik-baik yang bagai mana?

6. Berkaitan penyelewengan dana KKLW yang membabitkan mantan menteri KKLW, apa kah kaedah yang boleh digunapakai, untuk tidak membidas pemimpin itu?

7. Dalam pilihan raya, tiada istilah “ Friendly contest”. Demikian juga dalam peperangan, tiada istilah itu. Dalam peperangan, yang dikira adalah menang atau kalah. Kecualilah, pemuda Umno Semporna, mempunyai agenda lain, dalam erti kata, dalam situasi menang-menang!!!, jika Bn kalah maka pemuda Umno Semporna juga masih menang?.

8. Kemungkinan situasi inilah yang digambarkan oleh ramai penganalisa politik, bahawa kawasan Semporna, cukup panas bagi Bn, kerana terdapatnya, pemimpin Umno kawasan itu yang “main selamat”.

9. Jika diambil kira, matlamat parti, adalah untuk menang dalam pilihan raya, do or die, tiada istilah main selamat.

10. Atas sebab itu, penulis berpendapat, calon-calon Bn bagi kawasan itu, adalah terdiri daripada mereka yang sanggup terkorban di medan tempur, bukannya mereka yang bertindak main selamat, situasi menang-menang atau “Friendly contest”. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook