Latest News

Saturday 27 January 2018

IMPAK PENGUNDI MUDIK (PENGUNDI PULANG KAMPUNG)


FAKTA pada beberapa PRU lalu, pengundi mudik bukan ahli Bn menyebabkan peratusan turun mengundi meningkat. Mana-mana kawasan, di mana meningkatnya peratusan pengundi, peratus majoriti kemenangan calon Bn berkurang, jumlah undi calon parti lawan bertambah, malah menyebabkan calon Bn kalah tipis.


Jentera Bn yang mengatur pengundi mudik (dipanggil pengundi luar) sebenarnya tidak berbaloi jika dilihat kontribusi pengundi itu terhadap kemenangan Bn, kerana pengundi Bn majoritinya bersifat setempat.

Pengundi luar yang rata-rata bekerja di bandar-bandar atau pekan-pekan, memang mempunyai kecenderungan memilih parti lawan kepada Bn, kerana pemikiran mereka itu sudah “di alam bandar” yang tidak memerlukan pembelaan, dalam segi kemudahan asas, sumber pendapatan atau kemudahan-kemudahan lain, kerana buka mata sahaja semuanya telah tersedia di depan mata mereka. Selain itu, mereka lebih terdedah kepada propaganda parti lawan, kerana aktiviti parti lawan lebih tertumpu di kawasan-kawasan bandar atau pekan-pekan.

Mereka ini, jika pulang mengundi, bukan sahaja mempengaruhi keluarga terdekat mereka, malah kawan-kawan sebaya dan sekampung.

Pada PRU-13, apabila ramai pengundi mudik yang menyebabkan peratusan yang turun mengundi rata-rata di atas 80%, telah mengakibatkan kawasan-kawasan tradisi Bn, mengalamai kemerosotan kemenangan jumlah majoriti, malah banyak kawasan-kawasan di tawan parti lawan. Di Sabah contoh adalah Parlimen Penampang. Calon Bn di Penampang tewas teruk, kerana pengundi luar termasuk daripada Semenanjung pulang mengundi. Apa yang sedihnya, sebahagian besar yang pulang mengundi itu diatur sendiri oleh jentera Bn, makna kata, seoalah-olah tindakan itu, senjata makan tuan. Contoh lain, apabila Bn Berjaya merampas Parlimen Teluk Intan dalam PRK selepas PRU-13. Kemenangan itu kerana kontribusi daripada pengundi luar yang tidak mudik untuk mengundi. Demikian juga di PRK Permatang Pauh, majoriti calon PKR menurun sehingga 3ribu undi, kerana impak yang sama.

Pendek kata, pada PRU-14, jentera Bn, perlu melupakan pengundi luar (pengundi mudik) yang bukan ahli mana-mana parti komponen kerana kepulangan mereka boleh menyumbang kepada kekalahan calon-calon Bn.

Sebenarnya, kekuatiran parti lawan, apabila pengundi luar tidak mudik, kerana mereka dapat menghidu, bahawa jentera Bn tidak lagi membuang masa dan kewangan untuk mengatur kepulangan para pengundi yang termasuk dalam kategori ini. Sebab itu, Tun Mahathir awal-awal lagi memberi amaran, jika peratusan pengundi yang turun rendah, maka menguntungkan parti Bn.

Kepada parti Bn, serahkan sahaja kepada SPR berkaitan peratusan yang turun mengundi. Bukan tugas Bn untuk menentukan jumlah peratusan yang turun mengundi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook