Latest News

Saturday 20 January 2018

JAMBATAN LABUAN APA GERAK KERJA DILAKUKAN ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JANJI PALAU, bukan setakat janji palsu... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

Pulau Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan pada tahun 1984. Apabila pulau itu menjadi wilayah persekutuan, maka sebagai cara memajukannya, maka dijadikan pulau bebas cukai, pusat kewangan antarabangsa. Pun, demikian, kemajuan pulau itu, tidak ketara, apalagi, aktiviti industry minyak dan gas merundum.


Dalam keadaan demikian, apapun manifesto atau apapun cadangan mengambil semula pulau itu untuk dijadikan wilayah Sabah semula, tidak akan menjadikan Labuan maju. Omong kosong, jika ada pemimpin yang boleh memajukan pulau itu tanpa aktiviti ekonomi yang rancak.

Dalam pentadbiran DS Najib Razak, selepas mengkaji berbagai cadangan dan studi berkaitan pulau itu, termasuk membina jambatan, maka kerajaan pimpinan beliau bersetuju, untuk memajukan pulau itu, maka perlu dihubungkan dengan tanah besar Sabah. Menerusi cara itu, maka pergerakaan penduduk bukan sahaja daripada Sabah akan tetapi Sarawak akan menuju pulau itu. Selain daripada itu, pergerakaan barang-barang akan cepat berlaku, antara tanah besar Sabah dan Sarawak ke Pulau itu dan juga sebaliknya. 

Memajukan sesuatu kawasan, konektiviti antara wilayah sangat perlu, sebab itu di Pantai Barat Semenanjung maju berkali ganda berbanding pantai timur kerana dibinanya PLUS.

Melihat kepada impak PLUS, maka turut dibina Lebuh raya Pan Borneo, lebuh raya pantai timur, termasuk projek keretaapi. 

Kerajaan pimpinan DS Najib, sangat yakin, apabila sector perhubungan tersedia, seperti jambatan Labuan, maka, bukan sahaja melonjakan perekonomian pulau itu, akan tetapi kawasan-kawasan lain seperti Menumbok, Lawas, dan kawasan-kawasan disekitarnya.

Pembinaan Jambatan Labuan, bukan bertujuan politik, akan tetapi bertujuan memacu ekonomi pulau itu dan tanah besar Sabah, untuk generasi akan datang.

Sebenarnya, Pulau Labuan sudah dipolitikkan sejak tahun 1985, dan pemimpin yang terlibat mempolitikkan itu, adalah sebahagian daripada pemimpin parti yang bergabung dalam Gabungan Sabah. Oleh kerana pembinaan jambatan bukan soal politik, maka berdekade lamanya, cadangan atau keputusan membina jambatan itu tidak diberi respon oleh kerajaan persekutuan. Apabila, timbul, bahawa tiada cara lain memajukan Pulau itu dan kawasan-kawasan tenggara Sabah dan utara Sarawak, maka jambatan Labuan perlu direalisasikan, agar rakyat di kawasan itu maju.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook