Latest News

Monday 22 January 2018

JANGAN KELIRUKAN ANTARA PEKELILING PERSEKUTUAN DAN NEGERI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Waahhh..Rakyat Sabah di tipu macam kita tiada maruah sudah... Oleh FB Musliadi Mustala (screenshot)

Pekeliling Persekutuan, hanya untuk kakitangan Persekutuan, sementara pekeliling negeri untuk kakitangan kerajaan negeri. Kerajaan negeri tidak boleh membatalkan pekeliling Persekutuan. 


Bayaran insentif Pedalaman (BIP) bagi semua guru-guru, tidak terbatal, kerana guru-guru adalah kakitangan Persekutuan. Apa yang terbatal, adalah BIP untuk kakitangan kerajaan negeri, kerana ianya perlu kajian seperti mana surat SKN Sabah. 

Perlu diingat, hanya guru-guru sahaja terlibat dengan bayaran BIP, tidak pada kakitangan lain, walaupun mereka itu kakitangan Persekutuan.

Jangan mengelirukan, BIP yang diberikan Kementerian Pendidikian Malaysia, dengan BIP yang bakal diberikan Kerajaan Negeri, kerana ianya berbeza.

BIP adalah keputusan setiap Kementerian, bukannya keputusan Perdana Menteri. Kalau keputusan PM, maka ianya melibatkan seluruh rakyat, tiada kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri membatalkannya.

Oleh kerana pengguna facebook itu, mempunyai niat jahat, maka cuba mengelirukan orang awam, sedangkan kakitangan kerajaan maklum mengenainya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook