Latest News

Friday 12 January 2018

MESEJ DARIPADA SEMPORNA: JANGAN BIDAS PEMIMPIN PARTI LAWAN




1. MENGAPA ada mesej daripada Semporna, agar pemimpin Bn jangan membidas pemimpin parti lawan? Sebaliknya, pemimpin Bn, Kena bekerja sahaja, kena bantu rakyat sahaja, kena membela rakyat sahaja, kena turun padang sahaja, tidak perlu peduli apa pemimpin parti lawan buat, memfitnah pemimpin Bn kah, Umno kah, Ketua Menteri Kah, Perdana Menteri kah, atau anggota cabinet kah, jangan hiraukan, biarkan sahaja, pemimpin parti lawan meracuni minda dan fikiran rakyat, para pemimpin Bn, hanya tunjuk kerja baik sahaja. Hanya cara itu sahaja, boleh menarik pengundi muda, kononnya pengundi atas pagar, demikian bunyi mesej itu.

2. Jika ada pemimpin Bn/Umno membidas pemimpin parti lawan, khususnya Datuk Shafie Apdal, para pengiat media social yang mengunakan nama samaran aka akaun palsu, akan membidas pemimpin itu; jika ada penyokong Umno/Bn membidas pemimpin parti lawan, maka akan dicap sebagai seseorang yang tidak tahu politik.

3. Apa maksud mesej itu? Bukan kah untuk menang dalam satu perlawanan atau peperangan, setiap kelemahan lawan dimanfaatkan!!! Dalam acara tinju, boleh kah seorang peninju menang tanpa melepaskan sebarang tumbukan, sebaliknya hanya bertahan? Dalam perlawanan sepak bola, boleh kah menang tanpa menyerang?

4. Pemimpin Umno/Bn, kena menjadi juara dalam semua perkara, juara menentang fitnah dan pembohongan, juara menangkis sebarang dakwaan dan tomahan, juara membela, membantu rakyat, dan seterusnya juara membawa kemajuan dan pembangunan.

5. Proses membantu, memajukan rakyat, bukan hanya tugas pemimpin politik, akan tetapi perlu dibantu seluruh jajaran agensi kerajaan termasuk kakitangannya.

6. Tugas pemimpin politik mencadangkan pembangunan untuk kemajuan, dan seterusnya perancangan dan implemtasinya dijalankan oleh agensi dan kakitangan kerajaan.

7. Sebab itu, pemimpin politik sentiasa pro aktif, sentiasa “counter attack” muslihat pemimpin parti lawan, kerana jika parti lawan dapat meracuni minda dan fikiran rakyat, maka ianya boleh menyebabkan terbantutnya pembangunan.

8. Banyak contoh, perancangan pembangunan untuk rakyat yang dirancang terbantut, kerana hasutan pemimpin lawan.

9. Menurut hemat penulis, para pemimpin Umno/Bn Sempornalah yang perlu menjadi juara menjawab, membidas, semua dakwaan pemimpin parti lawan terhadap kepimpinan Umno/Bn, kerana mereka mempunyai fakta yang cukup di lapangan, apa yang telah dilaksanakan Presiden Parti Warisan Sabah selama 22 tahun, sebagai wakil rakyat, dan 11 tahun sebagai anggota cabinet Persekutuan.

10. Dengan mendedahkan semua kepincangan di kawasan Semporna, selama 22 tahun, maka rakyat Sabah di kawasan lain akan tahu, dan seterusnya tidak akan terpancing menyokong parti lawan Bn itu. Bukan kah demikian!!!! Jika mesej daripada Semporna itu digunapakai, maka, kepada Umno/Bn, serahkan sahaja kerajaan kepada parti Warisan Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook