Latest News

Saturday 27 January 2018

MISI UBAH DAN SABAH for SABAHAN HANYA MAINAN BIBIR SHAFIE


SEMAKIN hari terdedah belang Datuk Shafie Apdal berkaitan misi parti Warisan Sabah- UBAH DAN SABAH for SABAHAN.


Di peringkat awal, agar rakyat terpengaruh dengan parti diterajui MP Semporna itu, beliau memberi tahu rakyat khususnya kaum KDM, bahawa parti itu tidak AKAN berpakat atau bekerjasama dengan parti-parti di luar Sabah, sebaliknya akan bergerak solo dalam PRU-14. Shafie menjelaskan kepada rakyat, jika Warisan bekerjasama, apa bezanya parti itu dengan parti-parti dalam komponen Bn.

Namun, sejak permulaan tahun 2018, mungkin mantan Naib Presiden Umno itu telah mendapat maklum balas daripada pengundi, bahawa bergerak solo, tidak membawa kemana-mana parti tajaan beliau itu, sebaliknya hanya meramaikan pesta demokrasi.

Strategi songsang yang beliau lakukan, meminta parti-parti dalam PH mencadangkan satu formula sebagai bentuk kerjasama, maka timbullah formula 60:40. Bagi kerusi DUN, maka 60% kerusi ditandangi Warisan, manakala di peringkat Parlimen ditandangi PH.

Memang angka 60% menunjukkan bahawa Warisan akan lead parti-parti yang melawan Bn, dalam ruang lingkup kolaborasi antara PH dan parti itu, pada gilirannya, jika menang, maka kerajaan yang dibentuk ditunjangi parti itu. jika kolaborasi itu menjadi kenyataan, makna kata, Shafie bukan sahaja menjilat ludah malah kahak beliau sendiri. Tindakan itu, akan sama dengan tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Tun Mahathir, memusnahkan perjuangan Reformasi lebih 20 tahun, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Rakyat kena mengambil iktibar terhadap permainan ini, kerana para pemimpin yang mahu mendapat kuasa, bersedia menukar cara, tindakan dan strategi dengan mempergunakan rakyat semata-mata untuk mencapai tujuan peribadi.

Bagi pemimpin seperti Shafie, Anwar, rakyat merupakan bola, perlu ikut arah kemana bola itu ditendang, rakyat bukan penentu akan tetapi sebagai batu loncatan atau alat untuk mencapai hasrat peribadi.

Oleh kerana rakyat hanya sebagai batu loncatan atau alat, maka jika keinginan sudah diperolehi, maka rakyat dijadikan sebagai sampah, dibiarkan melopong, termasuk dihina.

Lihat sahaja bagai mana Shafie menghina RELA, ibu bapa pelajar yang mana anak mereka mendapat bantuan peralatan sekolah seperti beg sekolah, dan kini menghina pula, Program Umno Bantu Rakyat 2.0.

Bagi Shafie, membantu rakyat yang kurang bernasib baik, merupakan tindakan keji, sebabnya itu, dana KKLW berjumlah RM1.5bilion untuk rakyat luar bandar Sabah, tidak sampai ke sasaran, sebaliknya diselewengkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook