HAKIKAT yang perlu dilihat oleh pejuang REFORMASI, parti yang mereka
dokong itu, bukan menentang kezaliman Tun Dr Mahathir, akan tetapi untuk
perjuangan peribadi.
Memang asas perjuangan parti menentang
kezaliman Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun
1998. Anwar bukan sahaja dipecat daripada TPM dan Umno akan tetapi
ditangkap, dibicarakan kemudian dipenjarakan kerana tuduhan meliwat oleh
mantan PM ke-4 itu.
Selama hampir 20 tahun, penyokong reformasi
dimomokkan dengan perjuangan menentang kezaliman Tun Mahathir, kini,
pemimpin yang ditentang, disanggah, mahu ditumbangkan, bukan sahaja
menjadi sekutu utama parti itu, malah dicadangkan untuk menjadi PM kali
ke-2.
Perjuangan reformasi, ibarat kata peribahasa, panas setahun
dihapuskan oleh hujan sehari. Perjuangan 20 tahun, sirna, malah setiap
titik perjuangan dilupakan, setiap dakwaan, kata-kata, janji-janji,
bukan sahaja dilupakan, malah segala ludah dan kahak turun ditelan.
Kata Wan Azizah Wan Ismail-Presiden PKR, demi perjuangan, maka parti itu
perlu menerima Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin dan bakal Perdana
Menteri.
Berasaskan pengakuan itu, jelas sekali, bahawa parti
itu, bukanpun serius menentang kezaliman Tun Dr Mahathir sepertimana
diunggah sekian lama kepada penyokong dan ahli PKR, akan tetapi berpaksi
kepada perjuangan peribadi, asalkan dapat kuasa atau Yang Berhormat.
PKR
bergabung dengan Tun Dr Mahathir menerusi Pakatan Harapan, untuk
menewaskan Bn pada PRU-14, dan seterusnya, Wan Azizah menjadi TPM
sementara, sambal menunggu Mukhriz mengambil alih, kemudiannya Anwar
mengambil alih jawatan Perdana Menteri, demikian rumusan di atas meja,
pemimpin parti itu.
Mereka mahu mempengaruhi rakyat/pengundi
untuk ikut menyokong apa yang mereka rumuskan di atas meja, untuk
mencapai keinginan peribadi.
Rakyat negara ini kena sedar,
disebalik perjuangan parti PKR, kerana telah terbukti, sesuatu yang
diperjuangan selama 20 tahun, boleh dilupakan sekelip mata. Makna kata,
parti itu bukan berjuang utuk rakyat, akan tetapi untuk memenuhi
kepentingan peribadi. Apabila parti hanya bertujuan memenuhi tujuan
peribadi, rakyat akan diketepikan apabila hasrat sudah tercapai, seperti
kata peribahasa, kacang lupakan kulit!!!.
0 comments:
Post a Comment