Latest News

Friday 12 January 2018

POLITIK SEMPORNA : MENGAPA PERLU BAWA MESEJ PEMIMPIN PARTI LAWAN?


1. Semalam AFS memuat naik satu artikel yang berbentuk pertanyaan, siapa bakal calon mewakili Bn bagi berdepan Datuk Shafie Apdal pada PRU-14.


2. Dalam artikel itu, penulis yang menyumbang artikel itu, mencadangkan ADUN Bugaya yang juga Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri- Datuk Ramlee Marhaban.

3. Nama pemimpin yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Bahagian Semporna itu, seperti mana yang dimuat melalui artikel itu, mempunyai ketokohan selain mampu bersaing dengan ketokohan Shafie yang telah mencekam Umno Semporna selama lebih 20 tahun.

4. Artikel itu, mengambil maklum, maklum balas daripada berbagai pihak, bukan sahaja daripada ahli-ahli parti, akan tetapi daripada kalangan pengundi lain, antaranya pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru dan ahli-ahli parti komponen Bn dan sesuai dengan scenario politik semasa, bahawa Ramlee mempunyai Umhh melawan Shafie di peringkat Parlimen.

5. Dalam artikel itu, tiada sedikitpun memperburukkan pemimpin lain di kawasan itu, akan tetapi lebih melihat kepada seseorang yang dianggap terbaik daripada kalangan terbaik bagi berdepan dengan Shafie.

6. Malang sungguh artikel itu mendapat serangan daripada pihak-pihak yang menyokong Datuk Nasir Tun Sakaran. Serangan itu, bukan sahaja diarahkan kepada Datuk Ramlee yang tiada kait mengait dengan artikel itu, malah menuduh bahawa penyumbang kepada artikel itu buta akan keadaan politik Semporna.

7. Terlihat melalui komen-komen pada artikel itu, yang menggunakan akaun palsu “Blekbary Bary” seolah-olah membawa mesej, JANGAN SENTUH Datuk Shafie Apdal!!!. Tidak pasti, apa motif pengguna akaun palsu itu? Apa kah memang mempunyai tujuan memperlagakan pemimpin Umno Semporna?

8. Namun apabila meneliti komen-komen pengguna facebook itu, khususnya berkaitan program Perjumpaan Khas antara Ketua-Ketua Kampung/JKKK, Ketua-ketua cawangan parti seluruh Semporna, pada 6 Januari, menggambarkan, memang pengguna facebook itu, termasuk seseorang yang rapat dengan ADUN Senallang.

9. Penyokong atau pemimpin yang membawa mesej parti lawan atau pemimpin lawan, dapat diamati menerusi tindak tanduk menentang pemimpin separti, dengan berselindung kononnya membela atau mempromisikan seseorang pemimpin, membandingkan pemimpin yang dia sokong dengan pemimpin lain yang dia tidak sokong.

10. Pemimpin yang disokong ditampilkan berbagai kebaikan setinggi langit, walaupun ianya hanya berbentuk anggapan, manakala pemimpin yang tidak sokong diburukkan sedemikian rupa, sehinggakan tidak terlihat langsung kebaikan atau kelebihan pemimpin yang tidak sokong.

11. AFS melihat dengan jelas, bahawa mesej yang ingin disampaikan, menerusi komen-komen negative terhadap artikel itu, dan serangan secara langsung kepada Datuk Ramlee, adalah satu tindakan yang yang membawa mesej parti lawan atau pemimpin lawan.
12. Untuk memperkuat lagi bahawa mesej yang di bawa itu mewakili pihak lawan, diterbitkan satu artikel menerusi blog lain, yang dikongsi AFS menrusi mukabuku blog itu yang membanding-bandingkan antara Datuk Nasir Sakaran dan Datuk Ramlee Marhaban. Menerusi artikel itu, seolah-olah Ramlee itu bukan separti dengan Datuk Nasir, melainkan beseteru dalam politik.

13. Artikel itu, mengaitkan keluarga Tun Sakaran Dandai, mengaitkan secara perbadi mantan TYT Sabah itu. Mengapa kah demikian? Sedangkan artikel yang dirujuk yang diterbitkan oleh blog www.fitnahsabah.com pada 11 januari, tidak satu perkataan pun mengaitkan nama Tun Sakaran Dandai, keluarga beliau, malah nama Datuk Nasirpun tidak disebutkan.

14. Melihat cara “penyokong” itu bertindak, melawan Datuk Shafie, sama dengan melawan keluarga Tun Sakaran Dandai, ertinya juga melawan Datuk Nasir Sakaran, sedangkan dalam politik, setiap ahli parti merupakan keluarga besar sesebuah parti, ahli par

ti, tidak sama dengan hubungan kekeluargaan secara biologis.


15. Sebenarnya, fahaman politik, perlu berpisah dengan hubungan kekelurgaan, kerana dalam politik, setiap ahli separti MERUPAKAN KELUARGA BESAR DALAM POLITIK.

16. Sebagai mislan, ahli Umno Kudat merupakan sebahagian daripada keluarga besar ahli Umno Kalabakan. Demikian juga ahli Umno Libaran, Kota Belud, Tawau, Papar dan semua kawasan, merupakan keluarga besar Umno.

17. Kerana dalam parti, setiap ahli merupakan ahli satu keluarga besar, maka jika ada pemimpin yang masih melihat hubungan kekeluargaan yang ada hubungan biologis lebih diberi keutamaan walaupun berbeza fahaman politik, maka pemimpin sedemikian termasuk pengkhianat kepada keluarga besar separti.

18. Oleh kerana, keutamaan kepada keluarga yang ada hubungan biologis, maka, ada pemimpin di kawasan tertentu, di mana keluarga sebiologis merupakan lawan utama parti Bn, maka mereka melakukan pendekatan “friendly contest”. Bagi penulis, tiada istilah “friendly contest” jika saudara sebiologis itu mahu merampas kedudukan parti yang disertai, sebabnya tindakan sedemikian bukan sahaja tidak adil pada ahli-ahli lain, malah mengkhianti perjuangan.

19. Dalam perang, tiada istilah lawan olok-olok, dalam perang, samada KALAH ATAU MENANG.

20. Timbul pertanyaan, mengapa mereka itu menyerang pemimpin separti? Hanya satu jawapan, mereka itu membawa MESEJ parti lawan atau Pemimpin lawan!!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook