Latest News

Monday 22 January 2018

PROJEK KERAJAAN TIDAK SAMA DENGAN BUAT ROTI CANAI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JANGAN PERCAYA DENGAN JANJI NAJIB... Oleh FB Jovilis Majami (screenshot) (screenshot)

Tergambar sangat, bahawa individu yang membuat dakwaan berkaitan projek-projek kerajaan, bukan sahaja TIDAK tahu menahu berkaitan tatacara, juga tidak mahu mencari tahu bagai mana projek-projek kerajaan dilaksanakan.


Cara pengguna facebook itu, yang mentularkan dakwaan pemimpin sebuah parti, ikut juga bersubahabat dengan dakwaan tidak tidak tepat, sehinggakan mendakwa, bahawa projek kerajaan itu seperti memesan roti canai di kedai mamak.

Dakwaan kononnya, setiap dekat PRU, maka ada janji-janji. Jani-janji oleh seseorang pemimpin, pertama berasaskan permintaan rakyat yang di lawat, kedua atas pemerhatian kerajaan, bahawa kemudahan perlu dibina bagi keperluan rakyat.

Apabila janji telah diucapkan, maka tindakan pertama adalah tindakan agensi-agensi kerajaan, seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan parit dan saliran, Jabatan alam sekitar, selain jabatan-jabatan lain, untuk menetapkan berbagai keperluan untuk projek yang diumumkan itu. Selepas semua spepsifikasi ditentukan, maka permohonan dibuat kepada kementerian kewangan. Kemudiannya, jika memang projek itu mempunyai keboleh laksanaan, maka akan diumumkan menerusi bajet tahunan, atau bajet tambahan, atau bajet khas. Membina kemudahan seumpama itu, seperti yang disebutkan, sebagai janji-janji Bn yang belum siap atau belum ditunaikan, adalah projek-projek yang memerlukan kajian kejuruteraan, kerana jika mencotohi seperti membuat roti canai atau kerja-kerja semberono, maka rakyat juga yang rugi, kerana jangka hayat tidak Panjang. Menurap jalan perlu menunggu masa, supaya keadaan tanah benar-benar “settle” jika tidak, maka akan berlaku, pergerakan permukaan tanah yang menyebabkan lubang sana lubang sini.

Kerajaan pasti menunaikan janji, sementara mereka yang membangkang kerajaan, meskipun sibuk keluar masuk kampung, hanya berbekalkan air liur, bercakap berkaitan bulan dan bintang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook