Latest News

Friday 19 January 2018

PRU-14: APA KEMAHUAN RAKYAT?


APA kemahuan rakyat? AMAN DAN DAMAI. Kerajaan menyediakan pasukan keselamatan untuk tujuan itu, sebab itu negara aman dan damai. Memang berlaku jenayah sana sini, sebabnya dalam setandan pisang, dalam sebakul telur, pasti ada yang busuk.


Kerana adanya keamanan, maka kerajaan dapat menyediakan persekitaran yang membolehkan rakyat menjalankan aktiviti, apa kah aktiviti perniagaan, pembelajaraan, social & keagamaan dan sebagainya.

Oleh kerana adanya keamanan, maka rakyat merasa bebas sekali. Ada sebahagian daripada mereka itu, tidak peduli dosa pahala, sehinggakan memilih cerita-cerita bohong/fitnah. 

Ada di kalangan rakyat, menjadi pakar segalanya, tugas adalah guru, akan tetapi dalam laman social berceramah politik, membuat berbagai dakwaan, bahawa dialah yang tahu serba serbi.

Di lain pihak pula, mereka yang menentang kerajaan, seolah-olah tiada lagi kebaikan kerajaan, sedangkan mereka itu, sedang dalam keadaan baik-baik sahaja, dan seterusnya menjadi wira dihujung jari. Tugas mereka, menggali berbagai sampah dalam internet, menambah sampah dalam internet, kemudiannya memberi info pada sampah-sampah itu, seolah-olah itulah yang terkini.

Ada yang lebih lucu, ada yang bertugas mengambil gambar-gambar papan-papan tanda projek-projek kerajaan, mereka menyorot Tarikh dalam papan tanda itu, kemudian memberi komen, kerana projek pada papan tanda itu belum siap seperti mana tertulis, maka komen mereka, bahawa kerajaan hanya menipu rakyat. Sedangkan mereka tidak tahu, kendala apa yang sedang dihadapi sesebuah projek. Kendala itu, bukan sahaja daripada segi kewangan, juga tapak. Tapak perlu mendapat kelulusan, baik oleh kerajaan tempatan akan tetapi juga agensi lain seperti jabatan alam sekitar.

Mereka yang menentang sesebuah kerajaan, 100% mengunakan apa sahaja aktivti atau projek-projek kerajaan untuk diputar belit, sedangkan dipihak yang melawan sebesar kumanpun, mereka tidak dapat kemukakan atau pamerkan kepada rakyat.

Mereka ini, sebenarnya sungguh tidak adil. Kepada rakyat Sabah, anda akan tertipu apabila menyokong parti yang disokong oleh mereka yang tergolong manusia-manusia tidak adil, kerana itulah nawaitu mereka, sifat biologis mereka. Apabila niat dan sifat biologis menyatu, maka tidak akan kekang daripada perbuatan mereka itu. Sebab itulah, ada pemimpin yang diberi peluang untuk membela rakyat, diberikan dana untuk membela rakyat, akan tetapi kerana nwaitu bukan membela rakyat, maka dana yang besar, hilang begitu sahaja, akhirnya rakyat yang memerlukan melopong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook