Latest News

Monday 22 January 2018

PRU-14: APA YANG PERLU DIUBAH?




APAKAH polisi DS Najib Razak berkaitan perumahan, BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, bantuan kepada kelompok sasar seperti nelayan, penoreh, pekebun, ibu tunggal, Oku, skim-skim lain yang berorentasi rakyat, Lebuh Raya Pan Borneo, ECRL-Pantai Timur, Keretaapi laju KL-Singapura, Esszone/Esscom dan banyak lagi perlu diubah atau diganti? Mengapa polisi yang mengarah kepada sasaran, iaitu rakyat perlu diganti?

Menggantikan dengan parti yang dipimpin oleh mantan PM di mana selama pemerintahannya, tidak mengutamakan rakyat, akan tetapi para kontraktor, syarikart-syarikat besar termasuk syarikat anak sendiri. Rakyat majoriti dibiarkan miskin, dibiarkan susah, kerana wang kerajaan yang digunakan untuk menjalankan projek-projek mega, hanya menguntungkan kontraktor dan syarikat-syarikat yang hanya beberapa kerat. Apabila projek-projek itu gagal. Maka wang kerajaan masih digunakan untuk bail-out. Inilah yang berlaku semasa pemerintahan Tun Mahathir.

Para kontraktor atau syarikat besar yang mendapat projek, bukanpun berpoya-poya dalam negara akan tetapi di kota-kota besar seperti London atau New York. Tujuan membelanjakan wang negara konon untuk boost ekonomi menerusi perbelanjaan kerajaan tidak tercapai, kerana sebahagian wang negara mengalir ke luar negara, dan pada gilirannya meningkatkan ekonomi negara lain.

Di Sabah pemimpin yang beria-ia sangat menjadi Ketua Menteri, adalah seorang pemimpin yang mempunyai noda menafikan hak-hak rakyat luar bandar dan miskin, kerana dana untuk rakyat sedemikian tidak sampai kepada mereka, kerana diselewengkan. Bayangkan RM1.5bilion daripada RM7.5bilion dana untuk rakyat luar bandar, lesap begitu sahaja.

Apa kah pihak yang mahu merampaskan kerajaan, kononnya, rejim perlu diubah? Kerana rejim yang mengutamakan rakyat, tidak sesuai di negara ini, kerana yang paling sesuai adalah mengutamakan para kontraktor, para syarikat besar menjalankan projek-projek kerajaan. 

Sebenarnya, parti-parti yang mahu merampas kerajaan didalangi syarikat-syarikat besar ini dengan memberi dana kepada parti-parti ini, kerana syarikat-syarikat itu merasa putih mata, apabila tidak lagi menjadi keutamaan mendapatkan projek-projek mega seperti Lebuh Raya Pan Borneo, seperti mana ketika Tun Mahathir masih berkuasa.

Syarikat konsesi IPP atau lebuh raya, adalah syarikat yang sangat benci kepada kerajaan, kerana tempat mereka melombong wang telah diambil alih oleh kerajaan. Perlu ingat, syarikat-syarikat konsesi itu, adalah syarikat-syarikat yang wujud semasa Tun M memerintah.

Kepada pengundi negara ini, anda kena beringat, jika Tun M kembali, maka syarikat-syarikat kroni ini akan bermaharaja rela semula, yang membolehkan mereka mengaut semula keuntungan menerusi pemerasaan kepada rakyat secara umum. Fikir-Fikirkan Lah
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook