Latest News

Saturday 27 January 2018

PRU-14: DISEBALIK PERTANDINGAN TIGA PENJURU


PARTI-PARTI yang melawan Bn, sangat bimbang jika berlaku pertembungan tiga penjuru. Terkini, PKR mengecam parti PAS, kerana bercadang bertanding di Parlimen Permatang Pauh, kawasan tradisi Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Parlimen Permatang Pauh, hanya dua kali ditandingi Anwar selepas dipecat daripada TPM dan Umno, iaitu pada PRK tahun 2008, dan PRU-13. Parlimen itu ditandingi isteri beliau pada tahun 1999,2004 dan PRU 2008.

Sebenarnya, kebimbangan parti-parti yang melawan Bn, hanya berlaku di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu, tidak di kawasan lain, kerana berasaskan rekod, samada menerusi PRU atau PRK, jika berlaku pertembungan tiga penjuru lebih menguntungkan parti Bn.

Oleh kerana kebimbangan hanya berlaku di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu, maka membuktikan, undi kaum melayu mudah berpecah, mengikut parti yang disokong.

Mengapa PKR bimbang apabila PAS bertanding di Permatang Pauh? Kerana calon parti itu akan kehilangan tidak kurang 15 ribu pengundi. Pada beberapa PRU lalu, pengundi ini yang juga penyokong dan ahli Pas telah mengundi calon PKR.

Pada PRU-13, Datuk Seri Anwar mendapat undi sebanyak lebih 37,090 ribu undi sebagai calon Pakatan Rakyat (PR), di mana Pas adalah sebahagiannya, manakala calon Bn lebih 25,369 ribu undi. Pemimpin Umum PKR itu menang dengan majoriti lebih 11,721. Pada PRK tahun 2015, calon PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail mendapat undi 30,316, manakala calon Bn 21,475, dengan majoriti 8,841.

Melihat kepada cara pengundi memilih pada parlimen tersebut, jika PAS bertanding dengan jumlah penyokong tidak kurang 15,000, maka jelas kawasan itu, bakal dimenangi calon Bn. Berasaskan kepada situasi inilah para pemimpin PKR mengecam Pas.

Sebenarnya, pertembungan tiga penjuru, pada PRU-14, tidak dapat dielak, antara Bn, PH dan Pas (gagasan sejahtera), sekurang-kurangnya 130 kawasan Parlimen di Semenanjung. Apabila itu berlaku, maka parti yang menghadapi tekanan, adalah PKR dan PPBM.

Oleh kerana pertembungan tiga penjuru, sudah pasti berlaku, maka dapat diramalkan, bahawa harapan PH menunju Putarajaya, hanya akan menjadi cerita politik, yang akan berkelanjutan seperti mana cerita-cerita lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook